icon-search

‘Warm’ atau ‘Cool’; Ketahui Undertone Anda

‘Warm’ atau ‘Cool’; Ketahui Undertone Anda

Setiap wanita mempunyai undertone yang berbeza dan dengan mengenali sama ada kulit anda ‘warm’ atau ‘cool’ akan membantu anda untuk memilih warna bedak dengan lebih tepat!

 

Warm – Wanita yang mempunyai ton warna warm ini selalunya mempunyai warna kulit yang lebih matang dan keemasan oleh itu warna yang sesuai untuknya adalah warna-warna panas seperti merah, kuning, oren, coklat dan juga emas.

 

Cool – Bagi wanita yang mempunyai ton warna cool pula, kulitnya tampak lebih putih dan kadang-kala sedikit pucat. Warna yang sesuai untuk ton kulit ini adalah hijau, biru, ungu dan juga kelabu. Walaupun warna yang bersesuaian itu nampak sangat stagnant tetapi ia boleh menaikkan seri wajah seseorang itu dari sudut yang berbeza.

Bagaimana untuk mengetahui undertone anda ?

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu lihat di belakang tapak tangan dan cari urat yang paling ketara. Jika urat anda menonjol dengan warna hijau atau biru itu bermakna kulit anda adalah warm tone manakala jika urat anda mempunyai warna ungu kebiru-biruan bermakna anda adalah cool tone.


Warna kulit dan undertone tidak mempunyai kaitan yang rapat kerana terdapat wanita yang berkulit lebih gelap seperti wanita Afrika dan wanita India mereka juga mempunyai ton yang berbeza. Contohnya seperti Beyonce (warm undertone) dan Oprah Winfrey (cool undertone), walaupun kedua-dua mereka adalah wanita yang berasal dari etnik Afrika tetapi undertone mereka tetap berbeza.

 

Oleh itu, jika anda ingin membeli koleksi alat solek yang baru, jangan segan untuk bertanya tentang warna yang sesuai dengan undertone anda kerana tampil cantik itu memerlukan usaha yang lebih. Hanya sebut cool atau warm dan jurujual itu pasti berbesar hati untuk membantu anda.


Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Soka Alien XL ke? Selesa gila tauu bila pakai 😍


Betul ker lembut dan selesa? Belum cuba belum tahu:

  • Stokin Soka Alien L (RM 9.00)
  • Stokin Soka Alien XL (RM 11.00)

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari: 

https://eh.my/artikel/kecantikan/warm-atau-cool-ketahui-undertone-kamu/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping