icon-search

Tips untuk newbies yang mahu mulakan perniagaan

Tips untuk newbies yang mahu mulakan perniagaan

Perniagaan dalam talian bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ramai yang melakukan perniagaan dalam talian tambahan pula sekarang ini dalam situasi pandemik.
Oleh itu, saya nak share dengan anda cara yang betul untuk mulakan perniagaan.

1. Mulakan perniagaan dengan menjadi dropship atau menjual produk orang lain
Anda perlu mencari produk yang berkualiti dan tahan lama. Yang paling penting jenamanya popular dan tidak diragui oleh pelanggan. Jika anda mempunyai jenama dan produk sendiri lagi bagus. Yang paling best, anda boleh menjual produk yang tidak memerlukan anda untuk menyimpan stok. Anda boleh jimat kos disitu. Nak jadi dropship jual stokin, boleh sertai www.socaz.my 

2. Bermula dengan modal yang kecil
Perniagaan atas talian memerlukan pengalaman dan "skill". Jangan terlalu fikirkan untung. Anda boleh mencuba untuk mulakan perniagaan dengan modal yang kecil. Ada antaranya yang mengambil pendekatan untuk menjadi dropship tanpa modal. Cuba mencari pengalaman terlebih dahulu, apabila anda berjaya mendapat permintaan yang tinggi, anda boleh tingkatkan modal anda sikit demi sikit.

3. Mengetahui kos perniagaan
Pastikan anda mengetahui kos keseluruhan perniagaan anda iaitu modal,kos pembelian, penghantaran mahupun pengiklanan. Sesetengah peniaga mengambil ringan tentang hal ini. Akhirnya nanti, mereka akan menaggung kerugian. Maka, anda perlu pastikan anda menjual produk dengan margin keuntungan yang tinggi.


Semoga bermanfaat untuk anda dan semoga anda berjaya.

Sumber:
gengborak.com 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping