icon-search

Tips Penjagaan Muka

Tips Penjagaan Muka

Setiap wanita pasti mengimpikan untuk mempunyai kulit yang bersih, licin, flawless, glowing dan berseri tanpa sebarang cela. Akan tetapi tidak semua mampu untuk membeli produk-produk berjenama yang mahal seperti yang digunakan oleh selebriti terkenal. Jadi, bagaimanakah cara yang sesuai untuk kita lakukan sekiranya ingin mendapatkan raut wajah yang flawless seperti yang diidamkan tadi tanpa perlu berbelanja lebih? Tips yang paling mujarab sebenarnya adalah sikap rajin yang perlu ditanamkan dalam diri sendiri sekiranya ingin mendapatkan kulit muka seperti yang diidamkan.

1. Cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari

Mencuci muka adalah wajib sekiranya anda inginkan kulit muka yang cantik. Walaupun pada hujung minggu anda cuma berehat di rumah, malas nak mandi dari pagi bawa ke malam, pastikan anda tetap mencuci muka. Mencuci muka yang kami maksudkan ialah mencuci dengan bersih menggunakan sabun pencuci muka. Bukannya cuci muka dengan menggunakan air jernih sahaja.

2. Cuci muka dengan air suam, diikuti air sejuk

Untuk mendapatkan kulit  yang cantik, basuh muka dengan air suam. Tujuan tersebut dilakukan untuk membuka pori-pori supaya kotoran yang melekat di dalam liang pori dapat dibersihkan semasa kita mencuci muka. Selepas selesai mencuci muka, semua buih dari pencuci muka perlu dibersihkan, kemudian bilas dengan air sejuk. Tujuan membilas dengan air sejuk ialah untuk menutup semula pori-pori yang telah terbuka.

3. Penyegar atau toner

Selepas anda mencuci muka dengan bersih, dan dibilas dengan air sejuk, keringkan wajah dan jangan lupa untuk memakai toner atau penyegar. Fungsi utama toner ialah untuk menutup liang pori yang masih terbuka. Kenapa penting untuk kita pastikan liang pori tidak terbuka? 

Liang pori yang terbuka akan menjadi perangkap habuk, debu, minyak, dan semua kotoran yang berada di udara. Segala jenis kotoran yang terperangkap dalam liang pori akan menyebabkan masalah kulit seperti blackhead, whitehead, dan jerawat. Selain menutup liang pori, toner juga berfungsi untuk menghilangkan saki-baki kotoran yang masih tertinggal pada wajah, terutamnya jika anda jenis wanita yang bermakeup.

Sekarang  anda mesti sudah faham betapa pentingnya toner dalam rutin kecantikan harian untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.

Cara penggunaan toner yang betul 

  • Spray toner pada wajah kemudian ratakan dengan hujung jari ATAU

  • Spray toner pada wajah kemudian gunakan cotton ball untuk meratakan toner di wajah

4. Serum atau essence

Selepas menggunakan toner pada wajah, anda boleh sapukan serum atau essence pada wajah anda. Serum atau essence mampu memberi seri pada wajah anda. Sekiranya anda berusia 25 tahun ke atas, dinasihatkan untuk menggunakan serum yang mempunyai fungsi anti-penuaan (anti-aging).

5. Pelembab

Pelembab juga merupakan salah satu perkara yang sangat penting jika anda menginginkan wajah yang cantik, berseri dan awet muda. Tahukah anda bahawa kulit yang kering akan lebih cepat berkedut berbanding dengan kulit yang lembap dan disapukan dengan pelembap secara konsisten setiap hari. 

Ramai yang beranggapan bahawa kita tak perlu memakai pelembab jika tidak keluar outdoor. Ianya salah sama sekali. Anda wajib memakai pelembap sekali pun anda duduk di dalam bangunan, terutamanya jika anda duduk didalam penyaman udara. Penyaman udara menyedut lembapan dari kulit dan menyebabkan kulit menjadi sangat kering tanpa kita sedari. 

6.  Pelindung UV (Sunscreen)

Tak kira sama ada anda sentiasa berada di dalam bangunan atau banyak menghabiskan masa di luar, pelindung UV adalah wajib untuk anda. Kita semua sedia maklum bahawa lapisan ozon kita semakin menipis dan tidak lagi mampu untuk menapis sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.

Oleh itu, pastikan kulit wajah anda sentiasa dilindungi dengan pelindung UV setiap hari kerana sekiranya anda tidak menggunakan pelindung UV, wajah anda akan mudah untuk tumbuh jeragat apabila usia anda sudah berumur kelak.

7. Elakkan penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya

Seperti yang kita tahu pada zaman sekarang lambakan produk kecantikan yang terdapat di pasaran. Apa pun jenama yang bakal menjadi pilihan anda, pastikan ia selamat daripada bahan kimia. Bagaimana cara anda ingin mengetahui bahawa produk itu selamat? Anda boleh membuat semakan di laman web KKM https://www.npra.gov.my pastikan produk tersebut bebas daripada sebarang bahan kimia.

8. Minum air kosong 8 gelas sehari

Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari. Pengambilan air kosong yang secukupnya akan memastikan kulit muka sentiasa segar dan tidak kering. Ingat yaaa, kulit kering akan lebih cepat berkedut.   

9. Tidur yang mencukupi

Sekiranya anda kurang tidur, muka anda akan kelihatan kurang berseri, sembab, kusam dan tidak bermaya. Beauty sleep memang sangat diperlukan sekiranya ingin mendapatkan wajah yang segar dan berseri dan sihat.

Itulah tips yang dapat dikongsikan yang boleh dilakukan oleh anda agar anda mendapatkan kulit wajah yang bersih, licin, flawless, glowing dan berseri tanpa sebarang cela.

Semoga bermanfaat   

 

WOW! SOCAZ ada buat OKTOBEST SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M Skin
  • Stokin Kanik Original Tapak Hitam
  • Stokin Calista 
  • Handsock Aaisya
  • Handsock Ainisha 6.0 

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://bidadari.my/tips-penjagaan-muka/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping