search

Tips Padanan Warna Baju dan Tudung

Tips Padanan Warna Baju dan Tudung

Padanan warna baju dan tudung adalah penting dalam menjaga keterampilan luaran seseorang terutamanya kaum wanita yang bertudung. Info dan tips padanan jenis warna untuk tudung yang dikongsikan ini boleh dijadikan sebagai rujukan semasa pemilihan baju untuk hari rayam pakaian ke majlis, baju untuk kerja dan sebagainya.

Berikut merupakan beberapa tips untuk kombinasi warna baju dan warna tudung untuk rujukan anda. Tips yang dikongsikan oleh Perunding Imej Puan Mary ini adalah yang paling mudah difahami dan turut sesuai untuk pemilihan warna seperti rumah, bilik dan lain-lain.

1. Padanan Warna Neutral dan Warna Fesyen

Asas pemahaman warna adalah ia mempunyai 5 warna neutral, warna-warni ini boleh dikombinasikan dengan mana-mana warna lain. Warna-warna selain daripada warna neutral ini dikenali dengan nama warna fashion.

5 Jenis warna neutral 

  • Hitam
  • Putih
  • Kelabu
  • Biru Navy
  • Perang

Keunikan warna neutral ini adalah ia lembut, harmoni apabila dikombinasikan dan yang paling penting ia mudah untuk dipadankan dengan warna neutral dan warna fashion.

2. Tiga Warna Tonar Sahaja

Tips seterusnya adalah dengan menggunakan kombinasi warna yang sama tetapi berlainan tonar. Setiap warna mempunyai beberapa lagi tonar yang berlainan. Contohnya warna biru mempunyai tonar:

  • Biru muda
  • Biru gelap
  • Biru terang
  • Biru kusam

Kombinasi tonar-tonar warna ini menjadikan tudung dan baju anda nampak lebih sepadan antara satu dengan yang lain. Namun begitu, pastikan anda sepadankan maksima 3 jenis tonar sahaja dalam satu-satu masa.

3. Teknik Roda Warna @ Analog

Untuk teknik padanan ini anda perlu merujuk roda warna yang mempunyai 12 jenis warna padanya. Terdapat banyak cara dan info berkenaan teknik roda warna ini, namun di sini kami kongsikan yang paling mudah dan simple sahaja.

kod warna.png

Untuk kombinasi baju dan tudung yang menarik, caranya adalah dengan menggunakan kombinasi warna yang bersebelahan di dalam roda warna. Contohnya warna kuning sesuai dipadankan dengan warna kuning orange.



WOW! SOCAZ ada buat FEBRUARI SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Stokin Kanik Mansock K Dark Choc (Percuma Facemask)
  • Handsock Kayla
  • Princess Handsock

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
Perunding Imej Puan Mary
https://terkini.me/fesyen/padanan-warna-baju-dan-tudung-terkini/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping