icon-search

TIPS MUDAH BISNES ONLINE

TIPS MUDAH BISNES ONLINE

Bisnes atas talian merupakan satu platform yang paling menonjol pada ketika ini. Dalam suasana pandemik, kebanyakkan peniaga menggunakan platform atas talian ini untuk mereka untuk menjalankan urusan perniagaan mereka. Maka, disini saya akan kongsikan satu tips yang mudah untuk peniaga dalam talian.

Setiap peniaga perlulah mempunyai "Instagram Shop". Instagram shop ini membantu anda untuk menyatukan katalog produk anda kedalam profil instagram anda. Anda perlu menggunakan dan memilih nama Instagram shop yang menarik dan mungkin unik. Kerana hal ini akan memberikan kelainan kepada perniagaan anda berbanding dengan peniaga yang lain. Hal ini juga sebagai satu "Brand Positioning" untuk  pelanggan lebih mudah mengenali produk anda.

Anda perlu untuk menyusun gambar-gambar produk anda supaya kelihatan menarik. Hal ini akan menarik minat pelanggan untuk membeli produk anda. Anda boleh selitkan kata-kata inspirasi mahupun motivasi ataupun anda berkongsi maklumat-maklumat terkini kepada pelanggan anda supaya mereka tidak berasa bosan dan mereka suka melihat laman instagram anda.

Jom follow tips mudah ini!



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping