icon-search

Tips Mudah Bersalin

Tips Mudah Bersalin

Assalamualaikum bakal ibu semua. Dalam kita sibuk membuat persiapan untuk bersalin dengan membeli baju dan keperluan bayi yang bakal dilahirkan, kita juga perlu membuat persediaan untuk diri kita sendiri agar kita mudah untuk bersalin pada hari yang bakal dijalani nanti. Apa agaknya tips untuk mudah bersalin ya? Jom ikuti perbincangan ini dengan teliti agar kita dapat membuat persediaan untuk diri kita nanti!

1. Tambah ilmu dengan membaca dan menghadiri kelas

Wanita yang mengandung sangat digalakkan untuk menghadiri kelas yang dianjurkan oleh doktor atau bidan. Kebanyakan wanita yang baru pertama kali ingin melahirkan anak pasti akan berasa ketakutan dengan cerita-cerita tentang pengalaman bersalin daripada orang lain. Kadangkala wanita mengandung juga perlu menjaga pemakanan mereka. Oleh sebab itu, pentingnya jika kita mengikuti kelas yang dianjurkan oleh doktor yang lebih pakar dan arif agar kita mempunyai ilmu tambahan sewaktu mengandung dan ketika bersalin.

2. Persediaan mental dan rohani

Kemahiran untuk sibukkan diri dan alihkan perhatian akan membantu kita mengurangkan rasa sakit bersalin. Bagi bakal ibu yang akan melahirkan anak, penting untuk kita mengalihkan fikiran supaya tidak terlalu risau dengan proses kelahiran. Tempoh melahirkan anak boleh berlangsung selama 12 hingga 14 jam. Apabila kontraksi bermula, ibu akan dapat mula merasakannya di bahagian belakang badan atau kekejangan di bawah perut. Sakit ini tak sama macam sakit perut biasa ketika hamil. Antara perkara yang kita boleh lakukan untuk menenangkan fikiran ialah sibukkan diri kita dengan perkara lain. Aktiviti seperti bersiar-siar, memasak, mengaji al-quran atau mandi boleh membantu melegakan kita mengisi masa dengan lebih baik. 

Selain itu, rasa sakit hendak bersalin boleh menyebabkan otot-otot di seluruh tubuh badan kita berasa tegang dan menyebabkan rasa tak selesa. Mandi dengan air hangat semasa di tahap awal sakit bersalin mula terasa. Ini kerana ia boleh mengurangkan rasa tak selesa ini.

3. Persiapan fizikal ibu mengandung sebagai cara melahirkan anak pertama yang lebih mudah

i. Kekal cergas

Ibu mengandung memang wajib menjaga kesihatan. Terutama sekali kena amalkan senaman ringan untuk orang mengandung. Kecergasan badan akan meningkatkan daya tahan, dan membuatkan badan kita lebih bersedia menghadapi kelahiran. Sebelum mulakan sebarang bentuk senaman, dapatkan dulu pandangan doktor. Kalau keadaan mengizinkan, dan doktor juga memberikan keizinan maka bolehlah melakukannya. 

ii. Elakkan berbaring

Postur badan yang tegak seperti berdiri, berjalan atau duduk boleh membantu memudahkan kita bersalin. Ini kerana daya graviti akan menyebabkan kepala bayi yang menekan pada pintu rahim (serviks) dan mempercepatkan bukaan. Pastikan kita kerap menukar posisi berdiri dan duduk untuk mengurangkan ketidakselesaan dan senang bersalin. Dengan mengelakkan sentiasa baring dan kerap bergerak akan membantu meluaskan pelvis kita.

iii. Amalkan teknik pernafasan yang betul untuk membantu kita bersalin 

Jika kita bernafas dengan rentak yang betul akan membantu kita fokuskan fikiran semasa mengalami kontraksi.  Dengan bernafas secara perlahan ketika mengalami rasa kejang, akan membantu kita menenangkan diri. Amalan zikir dan doa dari al quran sangat bagus untuk di ganding bersama sama dengan teknik pernafasan. 

iv. Senaman kegel dan lantai pelvik

Manfaat senaman ini kepada kita memang banyak. Ia akan membantu ramai wanita mengelakkan komplikasi serius semasa bersalin. Sekiranya kita mengamalkan senaman kegel dengan konsisten, ini akan membantu menguatkan otot-otot ini di kawasan pinggul dan memudahkan kita meneran semasa bersalin. 

v. Cara meneran yang betul

a. Meneran secara spontan (Meneran yang di dorong ibu atau fisiologi.)

Bagi cara meneran spontan, kita akan menunggu gesaan dari badan untuk meneran. Semasa gesaan ini muncul, kita boleh lakukan perkara di bawah.

  1. Tarik nafas dalam dalam dan hembuskan keluar.
  2. Teruskan tarik nafas dengan cara ini dan kemudian meneran semahunya.
  3. Jangan berhenti sehinggalah gesaan dari badan hilang.
  4. Selepas gesaan hilang, tarik nafas dalam dalam dan ambil posisi yang selesa untuk kita sehinggalah gesaan untuk meneran kembali.
  5. Ulang langkah di atas, kita akan dapat rasakan bayi bergerak ke bawah menuju pintu rahim. Kita perlu meneran lebih kerap dan kuat semasa kedudukan bayi semakin hampir untuk keluar.

b. Meneran atas dorongan. 

Cara kedua ini dilakukan dengan meneran selepras pintu rahim terbuka penuh tidak mengira sama ada badan kita sedang memberikan rangsangan meneran atau tidak. Kaedah kedua kurang mendapat tempat kerana pakar pembidanan mempercayai ia tidak memberi kelebihan kepada ibu dan bayi yang sedang di lahirkan. Oleh kerana kaedah kedua kurang di galakkan, jadi kami tak kongsikan cara caranya di sini. Dapatkan penjelasan dari doktor pakar perbidanan anda untuk memohon pendapat.

vi. Dapatkan Urutan dari suami anda

Kehadiran suami di sisi isteri semasa hendak melahirkan bukan saja dapat memberikan kekuatan moral, tetapi lebih dari itu. Urutan pada kawasan yang sakit, akan menghantar isyarat kepada otak isteri yang menderita sakit melahirkan anak. 

vii. Urutan perineal

Banyak kelebihan membuat urutan ini, salah satunya ialah ia akan membantu wanita belajar untuk melegakan kawasan perineum. Ini akan memudahkan laluan bayi semasa bersalin. 

4. Kawal diet pemakanan

Pilih makanan yang sesuai sebelum tiba waktu melahirkan anak. Kita akan memerlukan banyak tenaga semasa bersalin. Jadi, jangan biarkan perut kosong. Penting untuk kita ambil snek ringan yang sesuai semasa sakit bersalin mula di rasai. Ini akan membantu mengekalkan tahap tenaga kita.  Tapi, harus diingatkan bahawa elakkan makanan yang berlemak atau lambat di hadam.


Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat MERDEKA SALE!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Stokin Soka Original New Edition
  • Surprise Box by SOCAZ

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my


Sumber:

https://ibusyurga.blogspot.com/2018/07/cara-bersalin-normal.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping