search

Tips merawat Masalah Rabun Mata Di Rumah

Tips merawat Masalah Rabun Mata Di Rumah

Masalah mata rabun tidak kira jauh, dekat atau silau sememangnya akan mengganggu individu yang mengalaminya. Antara cara penyelesaian yang selalu digunakan adalah memakai kaca mata atau kanta lekap.


Namun begitu, ada juga cara penyelesaian yang lain seperti rawatan surgeri laser seperti LASIK atau PRK yang memang akan membuahkan hasil tetapi memakan kos yang sangat tinggi.

Disebabkan itu, anda mesti tertanya-tanya adakah terdapat petua merawat rabun mata dengan sendiri di rumah? Jawapannya, ya. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.


3 cara merawat mata rabun


1. Amalkan pemakanan yang baik dan sihat


Paling penting, pelihara mata anda melalui pemakanan. Ini kerana, mata memerlukan beberapa nutrient tertentu untuk berfungsi sepenuhnya.


Anatara nutrient yang diperlukan untuk mendapatkan sepasang mata yang sihat adalah protein, zink, antioksidan, asid lemak omega-3,lutein, dan zexanthin.



Berikut adalah contoh sajian yang baik untuk mata dan elak mata rabun:


  • Sayur-sayuran hijau berdaun: ia merupakan sumber lutein dan zexanthin semula jadi yang turut mengandungi serat mineral dan pelbagai jenis vitamin.
  • Buah-buahan sitrus dan beri: ia sangat kaya dengan vitamin C.
  • Kekacang: sebagai contoh kacang badam yang merupakan sumber vitamin E yang sangat tinggi. 
  • Ikan: Salmon, tuna, ikan bilis dan ikan kembung sangat kaya dengan DHA
  • Telur: Bahagian kuning telur juga adalah sumber lutein dan zexanthin.


2. Lakukan senaman mata


Selain pemakanan untuk elak mata menjadi rabun, anda juga perlu mengamalkan senaman mata yang ringkas bagi mengekalkan tahap penglihatan yang optimal.


Lakukannya sebelum tidur, selepas bangun tidur atau pada bila-bila ketika mata anda berasa tidak selesa. 


Caranya adalah seperti berikut:

  • Tekapkan tapak tangan anda pada kedua belah mata dalam keadaan mata tertutup selama beberapa saat.
  • Pusingkan bebola mata anda dengan memandang ke atas, ke bawah dan putarkannya dengan perlahan mengikut arah jam beberapa kali.
  • Fokuskan pandangan mata anda terhadap sesuatu benda pegun. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan sebatang pen, dekatkan dan jauhkan ia beberapa kali untuk mendapatkan fokus yang baik.
  • Urutkan dahi anda. Lakukan ini dengan perlahan-lahan dalam gerakan membulat beberapa kali. Selepas dahi, urutkan juga bahagian kening, bawah mata dan sisi hidung.
  • Akhir sekali, sandarkan badan anda, pejamkan mata, rehat dan relaks selama beberapa minit.


3. Dapatkan waktu rehat untuk mata


Seperti anggota badan yang lain, badan anda juga memerlukan rehat. Ia sangat penting terutamanya jika anda merupakan individu yang kerap menghadap komputer setiap hari di pejabat atau di sekolah.


Oleh itu, pastikan anda peruntukan waktu rehat untuk mata yang mencukupi. Alihkan pandangan anda sekurang-kurangnya 1 jam ke arah pemandangan yang menenangkan.


Ketika malam pula, pastikan anda meluangkan masa untuk tidur dengan sebaiknya iaitu sekitar 8 jam setiap hari.


WOW! SOCAZ ada buat Promo Box Of Happiness!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Set Fatimah (RM 39.99)
  • Set Alien Mix (RM 69.90)
  • Set Alien Skinny (RM 69.90)
  • Set Sofea (RM 69.90) 
  • Set Alien Blackie (RM 69.90)

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/



Sumber di petik dari:

https://hellodoktor.com/kesihatan-mata/penjagaan/3-petua-merawat-mata-rabun-di-rumah/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping