icon-search

Tips menjaga kulit muka dengan berkesan

Tips menjaga kulit muka dengan berkesan

Bagaimana cara penjagaan kulit muka yang betul? Yang berjerawat dan berjeragat, bolehlah teruskan membaca. Terbukti berkesan, jadi ‘flawless‘.

Semua orang pasti mahukan muka yang bersih, tidak berjerawat dan berjeragat. Pendek kata, ‘flawless‘.

Tapi bukan mudah untuk menjaga muka bukan? Ada yang sampai nak dapat kulit cantik macam artis dan orang Korea.

Kita mahu berdepan dengan orang ramai. Kadang-kadang rasa rendah diri bila rasa diri tidak cantik. Itu belum masuk lagi badan yang banyak lemak.

Penjagaan muka sebelum tidur itu juga sebenarnya penting. Seperkara lagi, penjagaan muka ini ialah perkara harian, iaitu rutin yang kadang-kadang ada orang malas nak buat. Kalau malas, hadaplah masalah itu sendiri.


Tips menjaga kulit muka dengan berkesan


1. Untuk penjagaan kulit muka, kena faham jenis kulit sendiri


Kena faham jenis kulit. Kulit tak berminyak tak semestinya berjerawat. Berminyak pun belum tentu berjerawat. Jadi, kita sendiri kena tahu, kita ini dalam kategori apa.


Rasanya ramai tak tahu, ada satu kategori ini, oily but dehydrated. Kebiasaannya, orang ingat oily sahaja mesti kulit tu lembab kan? Aha! Belum tentu!


2. Wajib pakai moisturizer

Oily skin pun WAJIB pakai moisturizer.


Sebab kulit kita ini keluarkan sebum bergantung pada keadaan kulit. Kalau kulit berminyak, itu bermakna kulit itu tak cukup lembab, dan ia bagi signal untuk keluarkan lagi banyak minyak untuk lembabkan kulit. Jadi, oily ke, normal ke, dry ke, memang kena pakai pelembab! Untuk yang oily, boleh cari yg sesuai untuk oily skin.


3. Perlu pilih cleanser yang bagus

Cleanser yang bagus ini pH dia rendah skit. Antara pH 4-6 . Maksudnya, ia bersifat acidic. Sebab kulit kita ada lapisan asid yang ‘jaga’ kulit kita dari bakteria.

Bakteria Pacne yang sebabkan jerawat itu sangat cepat membiak jika pH kulit terjejas, yakni melebihi pH 6. Kebanyakan cleansers, tak kira jenama murah atau high end, pH tinggi sangat! Ada yang sampai 9.


4. Perlu minum air kosong banyak banyak

Air kosong ni boleh flush out toxin dalam badan. Kalau terlalu banyak, kadang-kadang kulit akan tolong detoks dengan keluarkan jerawat.


5. Kurangkan pengambilan gula

Gula ini, memang sedap di mulut, tetapi masuk dalam perut sahaja terus bertukar fitrah. Badan akan jadi asidik. Sepatutnya badan kita ni beralkali (kecuali organ tertentu). Selepas itu, kesannya pada muka.


6. Kurangkan makan ayam bandar

Yang cucuk sana, cucuk sini. Ada kawan pernah tanya doktor. Tahu apa jawapan doktor? Doktor pun suruh pantang makan ayam bandar. Alhamdulillah, makin okay kulit dia.


7. Makan sayur dan buah

Buah-buahan ada banyak sangat vitamin dan segala nutrien yang diperlukan untuk kulit. Kalau kita ini jenis overweight, itu bermakna lemak dalam badan tinggi, dan toksin pun tinggi. Sebab lemak pun akan simpankan toksin.



8. Check kalau ada masalah hormon

Ada kawan beritahu, nak tahu hormone imbalance ke tak, check bulu-bulu halus di bahagian muka. Lagi-lagi di bahagian dagu. Kalau nampak ada beberapa helai bulu-bulu yang tebal seperti janggut, besar kemungkinan kita ada masalah hormon tak stabil.


Kalau nak lagi tepat, buat check up di klinik. Pernah dengar dalam TV, yang masalah hormon ni boleh diatasi melalui pemakanan. Doktor dalam TV itu juga ada beritahu, brokoli bagus untuk masalah ini.


9. Kena tabahkan hati masa nak invest duit

Walalupun kita nak guna produk homemade sekalipun, barang mestilah kena beli kan? Jadi, bertabahlah. Kena survey dulu produk apa yang bagus.


Baca berpuluh-puluh review, especially dari orang yang duduk dekat negara yang cuacanya macam negara kita, Malaysia.



Macam mana, bagus tak tips penjagaan muka ini?


Sudah tentu, tak semua cara, petua dan tips boleh digunakan. Dan tak semua kaedah sesuai untuk semua orang. Lain orang, lain cara penjagaan kulit.


Cuma perkongsian untuk kita rujuk dan amalkan.

Apa-apa pun, semoga perkongsian tentang cara penjagaan kulit muka ini dapat memberikan anda sedikit ilmu.


Semoga bermanfaat.




WOW! SOCAZ ada buat RAMADHAN SALE!!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • STOKIN SOKA ALIEN M (RM 5.99) NORMAL PRICE RM7!
  • KURMA MEDJOOL FIRDAUS (2BOX RM100) 
  • HANDSOCK  AAISYA (RM6.99) NORMAL PRICE RM12!
  • HANDSOCK AINISHA BASIC 3.0 (RM6.99) NORMAL PRICE RM10!

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad! 

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:

https://therohani.com/cara-penjagaan-kulit-muka-betul/






Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping