icon-search

Tips menabung

Tips menabung

Assalamualaikum semua... Pernah tak korang nak menabung tapi selalu terguna duit yang ada dalam tabung korang? Kadang-kadang bila duit tak cukup terus buka balik tabung untuk ambil kembali duit simpanan kita... Macam mana cara untuk kita dapat menabung dengan baik dan konsisten ya? Jom kita kumpas satu persatu! Jangan lupa untuk baca sehingga habis ya   

1. Kaedah Paksa Rela

Paksa rela ini merujuk kepada proses simpanan di mana anda menggunakan akaun alternatif sebagai tabung simpanan. Caranya ialah anda cuma memasukkan sejumlah wang secara tetap ke dalam akaun tersebut.

Jika anda sudah ada lebih dari satu akaun bank, anda boleh memilih dari salah satu akaun yang kurang aktif sebagai akaun untuk simpanan paksa rela. Bagi yang hanya mempunyai satu akaun, anda boleh membuka satu akaun baharu untuk akaun simpanan paksa rela. Mudah, kan?

Cara alternatif adalah untuk membuka tiga akaun di bank yang berlainan. Kita hanya perlu pilih satu antara tiga bank ini untuk dijadikan sebagai akaun simpanan tetap.

Namun, kad ATM bagi bank itu perlu disimpan di tempat yang selamat supaya nafsu kita tidak menjumpainya. Jika anda tiada akaun simpanan, anda boleh mengunjungi cawangan bank dan membuka satu akaun khusus untuk simpanan tetap. Anda dicadangkan untuk mengkaji produk yang ditawarkan oleh pelbagai bank.

Perkara penting yang perlu diambil kira ialah kadar dividen yang tinggi yang boleh dijadikan sebagai tambahan nilai untuk simpanan tetap. Bak kata pepatah - “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”.

2. Kaedah 1/3

Apabila gaji atau bayaran masuk ke dalam akaun kita, kita mesti sukar untuk mengatur aliran keluar masuk duit. Satu kaedah yang mudah ialah kaedah satu per tiga. Kaedah ini tidak membebankan anda kerana pecahan simpanan boleh dikatakan maksimum.

Andai kata anda memperoleh bayaran balik cukai, bonus, atau gaji daripada kerja sampingan. Jumlah yang diperoleh itu boleh diagihkan kepada tiga jumlah yang sama. Contohnya jika anda memperolehi RM900, alihkan RM300 ke akaun simpanan paksa rela, RM300 ke akaun simpanan kedua dan selebihnya untuk kegunaan diri sendiri.

Ini merupakan kaedah bijak dan tersusun kerana anda dapat melihat aliran masuk duit yang dengan lebih mudah, membina simpanan dan berbelanja dengan bijak.

3. Simpan Mengikut Warna

Anda pasti pernah dengar tentang cara kreatif untuk menabung ini. Asingkan mata duit mengikut warnanya, dan pilih satu “warna” untuk simpan. Apabila anda dapat nota wang dengan warna tersebut, terus simpan dan jangan digunakan. Sebagai contoh, jika anda pilih biru, simpan semua RM1 yang anda ada dan jangan digunakan. Jika hijau, simpan nota wang RM5, merah, RM10, jingga, RM20. Teruskan tabiat ini untuk beberapa minggu atau bulan, dan lihat berapa banyak simpanan yang telah dicapai! Tips ini juga senang diikuti oleh si kecil untuk membina tabiat menabung.  

Jom menabung untuk masa depan! Semoga kita makin bersemangat   


Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat MERDEKA SALE!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Stokin Soka Original New Edition
  • Surprise Box by SOCAZ

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my


Sumber:

https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/4-kaedah-kreatif-untuk-memupuk-tabiat-menyimpan.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping