icon-search

TIPS MEMILIH STOKING SEMASA BERPANTANG

TIPS MEMILIH STOKING SEMASA BERPANTANG

TIPS MEMILIH STOKIN SEMASA BERPANTANG


Biasanya pantang dan stoking memang tak boleh dipisahkan. Ia seperti perhiasan tambahan pula bagi ibu yang sedang berpantang.


Jika tidak pakai stoking, mulalah kena bebel dengan ibu, suami dan orang sekeliling.


Kenapa perlu berstoking?

Semasa berpantang, tubuh kita sebenarnya dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan hormon dari kehamilan ke kelahiran.Jadi kalau anda nak kekalkan suhu badan yang normal, kita perlu elakkan dari kaki terkena lantai yang sejuk. Ada orang yang tidak tahan dengan lantai yang sejuk dan boleh menyebabkan dia menggigil kesejukan. Memakai stoking juga boleh mengelakkan kita dari risiko kecederaan kaki semasa berpantang. 


Anda perlu tahu, pemakaian stoking bukan untuk mengelakkan masuk angin. Tidak ada istilah angin masuk dari kaki, masuk ke rahim atau masuk ke mana-mana liang tubuh. Jika nak elakkan deep vein thrombosis (pembekuan darah di salur darah pada betis), anda perlu memakai stoking selain daripada perlu aktif bergerak.


Tips untuk memilih stoking ?

1) Pakai TED stoking (Thromboemboletic Deterring - compression stoking)

Fungsi utamanya ialah memperbaiki pengaliran darah di bawah kaki mengalir ke atas. Supaya darah tidak berkumpul di bawah sahaja. Stoking in biasanya digalakkan dipakai oleh ibu selepas menjalani kelahiran secara pembedahan.


2) Stoking ketat dan ukuran panjang sehingga betis

Seperti stoking yang dipakai pemain bola sepak. Stoking boleh beri tekanan pada kaki dan menggalakkan pengaliran darah di kaki.

3) Stoking serap peluh

Ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada anda. Bila stoking mudah lembab, tak serap peluh, bakteria pun suka dan menginap pula di kaki. Lain pula jadi.

4) Tidak licin 

Pastikan stoking dipilih selamat digunakan dan tidak mudah sebabkan anda tergelincir dan menyebabkan kecederaan lain.


Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Kanik Relax Sandal? Sesuai untuk ibu yang berpantang tauu 😍

Betul ker lembut dan selesa? Belum cuba belum tahu:

  • Stokin Kanik Relax Sandal - Skin (RM 14.00)

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/



Sumber di petik dari: 

https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/posts/tips-memilih-stokin-semasa-berpantangcp-biasanya-pantang-dan-stoking-memang-tak-/1766023940084340/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping