icon-search

Tips Masuk Rumah Baru

Tips Masuk Rumah Baru

Siapa yang bakal-bakal menduduki rumah baru, Wajib baca entri ni sampai habis tau! 

Dalam hati rasa tak sabar nak masuk rumah baru, pasti hati juga berkobar-kobar tak sabar untuk memikirkan apa yang hendak dihiaskan dalam rumah baru tersebut. TAPI jangan kita abaikan perkara-perkara penting sebelum kita duduk di dalam rumah baru tersebut. 

1. Azan

Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda. Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri menghadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.

2. Pintu

Buka dan tutup pintu berkali-kali. Periksa juga tombol pintu dan kuncinya sekali.

3. Tiles lompong

Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu. Kemudian, tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok. Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.

4. Elektrik

Untuk periksa elektrik hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya. Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.

5. Meter air

Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan sempurna. Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sink dan sebagainya. Pastikan sambungannya betul, tiada tercabut atau pun longgar. Buka air di meter, biar air masuk pada tangki sehingga penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor. Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Sekiranya tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.

6. Tangga

Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

7. Tingkap dan sliding door

Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna. Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.

8. Bilik air tingkat atas

Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar. Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Selepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda. Sekiranya ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda. Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna. Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari untuk bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.

9. Dinding retak

Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.

10. Kunci semua

Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door, dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik. Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.


WOW! SOCAZ ada buat FIESTA NOVEMBER !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Original Tapak Hitam Skin
  • Handsock Hannah

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://shehanzstudio.com/2016/06/10-tips-masuk-rumah-baru-selepas-dapat-kunci/.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping