icon-search

Tips Makanan Ibu Berpantang

Tips Makanan Ibu Berpantang

Bagi anda yang sedang berpantang sekarang, jom ikuti entri kami sehingga ke akhir ya   Dalam entri kali ini kami akan berkongsikan kepada anda tentang Tips Makanan Ibu Berpantang. Pasti ibu berpantang kepenatan setelah selesai melahirkan bayi yang comel tu kan?Nutrisi makanan yang diambil oleh ibu ketika mengandung dan berpantang ini adalah sangat penting kerana bakal menentukan risiko kesihatan si anak untuk membesar. Terdapat kes yang dilaporkan bahawa diet tidak sihat si ibu boleh menyebabkan si anak mendapat risiko penyakit kronik dan masalah obesiti.

Berikut ialah antara cadangan makanan ibu berpantang yang boleh diamalkan:

1. Nasi dan Sumber Karbohidrat Lain

Ada yang berpendapat nasi merupakan musuh utama dalam diet lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang berdiet, terutamanya ketika sedang berpantang ini. Namun, nasi adalah sangat penting untuk membekalkan tenaga mencukupi sebagai sumber karbohidrat bagi meneruskan urusan seharian. Apatah lagi ibu berpantang yang perlu menyusukan si anak, lebih tenaga akan diperlukan. 

Tiada salahnya diet makan nasi bagi yang berpantang. Namun, antara pilihan lebih sihat yang boleh dibuat ialah diet beras perang yang mempunyai indeks glisemik atau kurang gula dan kanji berbanding nasi putih.

Sekiranya anda ingin mengalihkan selera, antara sumber bekalan karbohidrat yang baik adalah seperti roti gandum, barli, ubi, oat, bijirin penuh, spaghetti dan sebagainya.

2. Makanan Tinggi Protein

Pelbagai pilihan protein di pasaran boleh dibuat untuk ibu berpantang bagi mengelakkan jemu makan makanan yang sama. Makanan tinggi protein ini juga amat penting bagi memulihkan tubuh si ibu yang baru sahaja selesai melahirkan anak dan memerlukan penggantian sel dan tisu baharu. Kehadiran protein dalam diet makanan boleh menyumbang kepada proses penyembuhan luka melahirkan anak secara lebih cepat. 

3. Minum Air Secukupnya

Masyarakat dahulu ada menegah pengambilan air dan hanya memberikan sedikit sahaja air kepada ibu yang berpantang sehingga 'menyeksa' mereka yang kehausan. Air sebenarnya sangat penting bagi sistem tubuh apatah lagi buat si ibu yang baru melahirkan anak.

4. Buah-buahan Segar dan Sayuran Hijau

Kajian lepas juga melaporkan peningkatan kesihatan sebanyak 80% bagi ibu berpantang yang mengamalkan diet buah segar dan sayuran hijau. Didapati, keradangan dan tekanan oksidatif di peringkat sel adalah berkurangan dengan kehadiran antioksidan yang tinggi dalam buah dan sayuran.


Sumber:

https://bidadari.my/makanan-ibu-berpantang/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping