icon-search

TIPS KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADAN

TIPS KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADAN

Pada bulan ramadan yang barakah ini, ramai yang berlumba-lumba untuk mengejar pahala. Ramai juga yang memanfaatkan bulan ini untuk khatam Al-quran. Berikut dikongsikan Tips untuk khatam Al-quran dalam bulan Ramadan:

1. Pasang niat
Niatkan didalam hati untuk khatam al-quran semata-mata kerana Allah dan untuk mengejar redha Allah s.w.t

2. Rancang target harian
Jika anda bercadang untuk khatam sekali dalam bulan Ramadan ini, anda boleh ikuti cara ini

Al-Quran ada 604 muka surat.
Untuk khatam 1 kali:
Cuma perlu baca 20 muka surat sehari

Subuh : 4 muka surat
Zohor  : 4 muka surat
Asar    : 4 muka surat
Maghrib :  4 muka surat
Isyak   : 4 muka surat

3. Manfaatkan teknologi dengan sebaiknya
Sekarang mudah kerana semua maklumat kita dapat perolehi dihujung jari sahaja. Kini, anda boleh untuk membaca al-quran dimana sahaja daripada telefon pintar anda dengan cara memasang aplikasi Al-quran di telefon bimbit anda. Awas! pastikan aplikasi itu daripada sumber yang betul.

4. Konsisten
Apabila anda teguh dengan pendirian dan juga niat anda, Insya allah pasti anda boleh untuk konsisten membaca Al-quran sehingga anda khatam.

 Semoga bermanfaat dan selamat beramal

www.socaz.my 


Sumber:
siraplimau.com
www.urbanasia.com




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping