search

Tips kekal cergas ketika bulan Ramadhan

Tips kekal cergas ketika bulan Ramadhan

Lagi 28 hari nak berpuasa, adakah anda sudah bersedia? Bila cerita tentang puasa pada bulan Ramadhan, saya rasa excited dan tak sabar sangat sebab ganjaran pahala jika kita membuat kebaikan adalah berganda-ganda tau. Tapi bukan itu yang saya akan kongsikan pada harini ini. Saya akan kongsikan tips untuk kekal cergas ketika bulan Ramadhan nanti   

1. Minum Banyak Air

Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air selepas berbuka hingga sebelum sahur – Pilihan utama tentunya kelebihan air kosong. Tetapi boleh juga diambil bentuk dalam masakan sup, jus buah tanpa gula atau buah-buahan dan sayuran yang banyak kandungan air seperti tomato, timun, salad, tembikan, oren dan pelbagai lagi.

2. Kurangkan Gula

Elakkan minuman manis dan berkarbonat – Minuman manis yang mengandungi campuran gula yang tinggi termasuk di dalam jus buah dan air berkarbonat.

Tabiat ini boleh menyebabkan masalah hipoglisemia iaitu paras gula dalam darah yang turun terlalu rendah daripada biasa akibat penggunaan terlalu banyak insulin terutamanya di waktu subuh. Ia akan menyebabkan kita jadi cepat letih dan sukar untuk menahan lapar sepanjang hari berpuasa.

3. Kurangkan Kafein

Cuba elakan minuman teh dan kopi semasa bersahur. Kedua-dua jenis minuman ini mengandungi kafein yang tinggi bersifat diuretik. Sudah tentu minuman berkarbonat juga tinggi kafein, tetapi lebih baik jauhkan kerana sangat buruk untuk kesihatan.

Diuretik merangsang pembentukan urin daripada buah pinggang. Ia akan memaksa tubuh menyingkirkan air dan garam dengan banyak melalui air kencing – tanda kerap kencing.

Akibatnya tubuh kita akan mengalami dehidrasi atau kehilangan banyak air semasa berpuasa.

Tanda dehidrasi pada tubuh adalah seperti mulut kering, rasa terlalu haus, air kencing pekat, cepat letih & mengantuk, kulit kering, pening kepala dan pelbagai lagi.

Jika terlalu sayangkan sangat rasa kopi dan teh, boleh ambil, tetapi pada kadar yang sedikit serta berpatutan. Lebih baik banyakkan minum air kosong selepas itu.

4. Kurangkan Garam

Garam juga antara elemen yang boleh menyebabkan kita mengalami masalah kehilangan air dengan cepat atau dehidrasi semasa berpuasa. Hasilnya, tubuh akan menjadi cepat letih dan tekak berasa cepat haus dan dahaga.

Meskipun garam sukar untuk dielakkan, kita boleh cuba untuk kurangkan pengambilannya sama ada dalam makanan siap atau masakan. Ia juga sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

5. Lebihkan Sumber Protein dan Serat

Ketahanan kita berpuasa kita disiang hari banyak dipengaruhi dengan apa yang kita ambil semasa bersahur sebelum waktu subuh.

Pemakanan ketika sahur yang terlalu banyak, tinggi garam, gula dan lemak akan menyebabkan kenaikan paras insulin yang mendadak – insulin spike. Ia akan menyebabkan kesan ketara kita mudah berasa lapar dan haus dengan cepat meskipun baru beberapa jam bermula detik kita berpuasa.

Untuk menjadikan kita lebih tahan, cuba ubah diet sahur dengan mengambil oat, roti bijirin, kurma dan lainnya yang kaya dengan sumber fiber atau makanan kaya dengan protein seperti telur, yogurt ataupun minuman tinggi protein.

Hasilnya, kita akan perasan cara pemakanan kita yang ringkas semasa bersahur tetapi memberi lebih ketahanan kepada kita ketika berpuasa di siang hari sehingga waktu berbuka. Cubalah.

6. Berbuka Puasa Dengan Sihat 

Natijah berpuasa itu sebenarnya memberi kesedaran kita kepada hakikat tentang makan. Bukan kuantiti itu yang penting tetapi lebih kepada apa yang kita makan, itu lebih penting.

Makan sedikit tidak semestinya kita akan teruk kelaparan, makan banyak tidak semestinya kita akan selamanya kekenyangan.

Inilah masanya kita belajar dan mengajar nafsu kita terhadap makan. Beza antara banyak & sedap dengan cukup & sihat; mana yang kita pilih.

Bermula detik berbuka, mulakan dengan air kosong dan makan buah-buahan kering yang kaya dengan fiber seperti kurma, aprikot, buah tin, prun, kismis dan sebagainya. Kandungan nutrien dan gula semulajadinya sangat baik untuk perut dan dapat mengembalikan tenaga secara sihat.

Kemudian makan dengan perlahan-lahan sumber makanan yang lain seperti protein, karbohidrat dan lemak sihat. Ingat pesanan makannan pinggan sihat, diet suku-suku separuh. Tambah pengambilan air kosong sebaik mungkin.

Tiada kejutan untuk tubuh, banyak lagi tenaga diperlukan untuk aktiviti ibadah kita di malam hari.

Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://yourfabulousmama.net/tips-puasa-ramadhan/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping