icon-search

Tips Kekal Bertenaga Ketika Bersukan

Tips Kekal Bertenaga Ketika Bersukan

Kesedaran tentang gaya hidup sihat dah semakin bercambah dalam kalangan rakyat Malaysia. Ramai antara mereka yang rajin bersenam, berjoging dan menyertai acara-acara larian mahupun sukan di waktu lapang.

Jom saya kongsikan 5 Tips untuk Kekal Bertenaga ketika Bersukan!

1. Pastikan rehat mencukupi. Untuk berfungsi secara optimum, pastikan badan benar-benar segar sebelum bersukan. Bersukan dalam keadaan penat hanya akan memudaratkan badan dalam jangka masa panjang.

2. Makan makanan berkhasiat. Jadikan makanan berkhasiat sebagai amalan sepanjang tempoh latihan. Konsep 'carbo loading' juga boleh dilaksanakan terutamanya untuk sukan berbentuk marathon dan berjangka masa panjang.

3. Pastikan latihan mencukupi. Sukan bukanlah sejenis magik! Anda perlu pastikan stamina berada di tahap optimum dengan melakukan latihan dan persediaan yang rapi.

4. Sediakan minuman sukan untuk menggantikan air dan garam yang hilang melalui peluh. Kebiasaannya, keletihan ketika bersukan adalah disebabkan oleh dehidrasi. Elakkan dehidrasi dengan mengambil minuman sukan bagi menggantikan kehilangan air dan garam dalam badan.

5. Jangan lupa panaskan badan sebelum mula bersukan. Ramai orang ambil enteng tentang kelebiham memanaskan badan. Akibatnya, badan cepat letih dan otot mudah kejang ketika, dan selepas bersukan.

Jaga badan anda sebaik mungkin. Bersukanlah dengan cara yang betul!



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping