icon-search

Tips Jimat Tenaga Elektrik

Tips Jimat Tenaga Elektrik

Tidak dinafikan bahawa penggunaan elektrik yang banyak akan meningkatkan bil elektrik. Jadi apakah tips untuk menjadi pengguna elektrik yang bijak? 

1. Guna perkakas elektrik dengan betul.

Kalau nak kurang pembaziran penggunaan elektrik, anda perlu menggunakan perkakas elektrik anda dengan betul seperti yang dinyatakan kat dalam manual. 

Contohnya, kalau kapasiti mesin basuh anda ialah 10kg, make sure berat pakaian yang disumbat kat dalam mesin tu tak berlebih untuk elak penggunaan elektrik yang berlebihan.

2. Cari perkakas elektrik dengan label “5 Stars”

Pilih perkakas yang ada label penggunaan tenaga 5 stars. Mungkin harga barang ni mahal sikit dari biasa yang akan buat anda berfikir dua kali untuk beli atau tak. Tapi, anda kena tahu yang perkakas dengan label ini boleh tolong jimat duit dalam jangka masa panjang.

Label ni akan tunjuk kat anda anggaran penggunaan tenaga elektrik berdasarkan sistem penarafan bintang - 5 bintang bermaksud yang paling efisien. Dengan ini, anda dapat kira berapa banyak elektrik yang perkakas ni gunakan. 

3. Jangan lupa cabut plug!

Sebilangan besar daripada kita mungkin tak sedar yang cabut plug boleh jimatkan kos elektrik sebenarnya. Rupa-rupanya, perkakas elektronik macam TV, pengisar, konsol permainan dan lain-lain, walaupun dah suis dah ditutup, benda-benda ni masih keluarkan elektrik.

Jadi, perkara ni bukan mitos k dan memang terbukti boleh jimatkan penggunaan elektrik.

4. Sila jaga peti sejuk.

Inilah perkakas yang anda hidupkan selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan sepanjang tahun! Oleh itu, anda perlu pastikan bahawa ia tak membebankan anda dengan lebih banyak wang kemudian hari. Beli peti sejuk dengan label '5 Stars' memang tak cukup untuk nak kurang bil elektrik anda. 

Menurut TNB, kalau anda nak peti sejuk anda berfungsi dengan cekap dan menggunakan tenaga yang sikit, pastikan ruang di antara dinding dan peti sejuk berjarak 10cm dan jauh dari kawasan yang panas macam dekat kawasan dapur gas.

Selain tu, jangan sumbat makanan ke dalam peti sejuk anda sampai tiada ruang langsung. Ini boleh sebabkan motor peti sejuk anda berkerja dengan lebih kuat  dan  sekaligus menghauskan motor tu. Dalam proses semua ini, peti sejuk anda akan guna lebih banyak elektrik daripada biasa.

5. Tetapkan temperature aircon antara 23° C hingga 25° C

Selain menjaga kebersihan filter udara, anda juga kena tetapkan suhu anda antara 23° C hingga 25° C untuk pastikan penggunaan tenaga elektrik yang optimum.

WOW! SOCAZ ada buat FEBRUARI SALE!!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Stokin Kanik Mansock K Dark Choc (Percuma Facemask)
  • Handsock Kayla
  • Princess Handsock

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:

https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/cara-kurangkan-bil-elektrik



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping