search

Tips Diet Elak Gout

Tips Diet Elak Gout

Anda pasti pernah mendengar tentang gout bukan? Apakah gout ini? Adakah ia berbahaya atau sekadar penyakit biasa? Bagaimana ia boleh berlaku? Jom kami kongsikan beberapa punca yang boleh mengakibatkan gout berlaku.

Apa itu gout?

Gout adalah sejenis penyakit yang berlaku disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. 

Makanan Penyebab Gout

Asid urik yang tinggi adalah disebabkan diet makanan yang mengandungi komponen purine yang tinggi. Purine merupakan sebatian induk utama yang apabila memasuki sistem pencernaan tubuh, akan diuraikan menjadi asid urik. Maka, semakin banyak pengambilan yang mengandungi purin, semakin tinggi lah kandungan asid urik dan kristal gout yang dihadapi seseorang. Penyelidik dan doktor perubatan dari Hospital Nottingham, UK menyenaraikan beberapa makanan utama berikut yang mengandungi kandungan purine yang sangat tinggi yang perlu dielak oleh pesakit gout:

  • Makanan Laut seperti udang, kerang, ketam, binatang bercengkerang
  • Minuman beralkohol 
  • Daging merah
  • Organ dalaman seperti hati, jantung, buah pinggang
  • Kekacang
  • Bayam

Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan risiko yang ketara sebanyak 41% dan 51%, masing-masing bagi pengambilan makanan daging merah dan makanan lau. Sementara itu, pengambilan alkohol merupakan faktor utama yang memang akan menyebabkan alkohol apatah lagi pesakit gout yang akan diserang simptom keradangan gout serta merta jika terlalu kerap mengambil alkohol.

Kajian tersebut turut menambah bahawa diet sebegini yang diamalkan oleh pesakit yang turut menghidap penyakit seperti Lesch-Nyhan (kekurangan enzim HGPRT), penyakit myelo dan penyakit limfo-proliferative akan meningkatkan lagi risiko penyakit gout ini. Penguraian purin kesan daripada pengambilan makanan ini akan menyebabkan kandungan asid urik bertambah dalam badan pesakit gout dan sememangnya disarankan untuk elakkan daripada makan makanan tersebut atau mengambilnya pada kadar yang sangat sedikit dan terkawal.

Tips Diet Elak Gout

Pencegahan atau rawatan meredakan simptom gout turut boleh dilakukan secara diet makanan yang sesuai. Antara cadangan tips diet bagi mereka yang mengalami masalah gout atau ingin mencegah penyakit gour adalah seperti berikut:

1. Pengambilan Produk Tenusu

Walaupun produk tenusu seperti susu minuman, keju, yogurt dan sebagainya ini tinggi protein, kandungan protein tersebut tidak akan memudaratkan simptom gout yang berpunca daripada purine dan asid urik. Malah, kajian lepas membuktikan bahawa diet tinggi protein daripada produk tenusu ini mampu menurunkan risiko gout sebanyak 44%.

Tambahan lagi, diet ini akan membantu pengurangan asid urikdengan menggalakkan perkumuhan dan penyingkiran asid urik melalui air kencing. 

2. Diet Mediterranean

Penyelidik di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Universiti Rowan, New Jesey pada tahun 2014 mengulas mengenai amalan diet Mediteeranean yang dilaporkan mampu mengurangkan risiko gout dan kesan gejala gout.

Diet ini terdidi daripada pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan legume yang sangat banyak, diikuti oleh pengambilan protein seperti ikan dan ayam yang sederhana dan daging merah yang sangat sedikit. Minyak Zaitun digunakan sebagai bahan utama dalam setiap hidangan (Justeru namanya Mediterranean).

3. Buah Ceri dan Ekstrak Ceri

Kajian tersebut turut mengulas peranan buah ceri dan ekstrak ceri yang mampu menurunkan risiko dan gejala gout. Kandungan anthocyanins dan sifat antikeradangan serta antioksidan dalam buah ceri telah dikenal pasti membantu dalam mengurangkan risiko penakit gout ini.

Pengurangan sebanyak 45% risiko gout diperhatikan terhadap pesakit kajian yang diberi ekstrak ceri ini. Malah, apabila digandingkan bersama ubat moden yang dikenali sebagai allopurinol, risiko gout didapati semakin menurun sebanyak 75%.

4. Banyakkan Minum Air Kosong

Masalah dehidrasi sebenarnya akan menyebabkan masalah gout yang lebih serius. Terutamanya bagi pesakit gout yang kerap melakukan aktiviti fizikal dan kerja-kerja berat yang mengeluarkan peluh. Kekurangan air yang mencukupi dalam tubuh badan akan menyebabkan kandungan garam dan asid urik yang tinggi. Seterusnya kristal gout akan banyak terbentuk yang sememangnya akan menambah rasa sakit dan keradangan pada sendi gout.

Oleh itu, pengambilan air yang mencukupi dapat membantu mengurangkan kepekatan asid urik dan memudahkan proses perkumuhan dan penyingkiran asid urik dari dalam tubuh.

Kesimpulan

Selain diet makanan yang tertentu, pesakit gout perlulah mengubah gaya hidup supaya menjadi lebih sihat dan mengurangkan gejala keradangan yang dihidapi. Amalan diet berunsurkan buah buahan dan sayuran sememangnya berkesan dalam memberikan kesihatan yang baik. Namun, bagi mereka yang sedang menghidapi penyakit gout, sentiasa dengan dan ikuti arahan doktor perubatan yang merawat anda.

Jangan mudah terpedaya dengan produk jualan luar yang mendakwa pelbagai penawar kesihatan kerana produk tersebut berkemukinan dijual atas motif keuntungan tanpa kajian sebenar.




SUMBER:

http://www.myhealth.gov.my/en/gout-5/
https://bidadari.my/makanan-penyebab-gout/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping