search

Tips Cukup Minum 3 Liter Sehari

Tips Cukup Minum 3 Liter Sehari

Air membantu pengadaman, menjadikan kulit anda tampak segar dan sihat, membantu anda untuk rasa kenyang supaya tidak terlebih makan, membantu mengekalkan buah pinggang yang sihat supaya toxin dalam badan boleh dikeluarkan dengan betul dan secukupnya, dan air juga membantu untuk mengekalkan usus yang sihat. 

Secara puratanya, air kosong yang perlu diminum mengikut berat badan adalah sebanyak 1 liter untuk setiap 25kg. Namun begitu, bagi lelaki, disarankan untuk minum 3 liter air sehari (lebih kurang 13 cawan air). Bagi wanita pula lebih kurang 2.2 liter (sekadar 9 cawan air).

Untuk konsisten minum 3 liter air setiap hari sebenarnya agak mencabar, lebih-lebih lagi jika kita sentiasa travel di luar. Jadi di sini ada beberapa tips untuk memudahkan kita konsisten minum air secukupnya setiap hari.

1. Minum air setiap kali selepas solat

Boleh amalkan sekali minum, minum segelas air dalam kuantiti 500ml (kuantiti satu botol mineral air standard size):

Selepas solat subuh = 1 gelas air kosong
Selepas breakfast = 1 gelas air kosong
Selepas Zohor = 1 gelas air kosong
Selepas Asar = 1 gelas air kosong
Selepas Maghrib = 1 gelas air kosong
Selepas Isya' = 1 gelas air kosong

Jadi, jumlah 6 gelas air bersamaan 3 liter air kosong, selesai!

2. Buat senggatan pada botol

Terbaik jika anda boleh dapatkan terus satu botol air yang siap anda senggatan kuantiti air dalam unit liter. Jika tidak ada, botol air mineral besar berisipadu maksimum 1.5 liter pun boleh digunakan. Bermaksud, anda perlu minum 2 botol 1.5 liter setiap hari.

Dicadangkan anda buat senggatan masa pada botol tersebut. Tandakan pada aras tertentu masa di mana anda perlu habiskan air di dalam botol tadi. Usahakan untuk berjaya minum 1.5 liter selepas anda makan tengah hari, atau lebih kurang sebelum pukul 2.00 pm. Dan habiskanbaki lagi 1.5 liter sehingga sebelum waktu anda tidur. Dengan menggunakan teknik senggatan masa ini, anda akan rasa ianya seperti satu objektif atau plan yang jelas dan mudah untuk dilakukan.


WOW! SOCAZ ada buat FIESTA NOVEMBER !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Original Tapak Hitam Skin
  • Handsock Hannah

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://jomslimfit.weebly.com/blog/tips-cukup-minum-3-liter-air-sehari



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping