search

Tidur cukup tapi tetap mengantuk? Ketahui puncanya!

Tidur cukup tapi tetap mengantuk? Ketahui puncanya!

Mengantuknya rasa bila nak buat sesuatu perkara yang berfaedah ni! Tidur dah cukup dah 8 jam... tapi kenapalah asyik mengantuk je ni? Jom kita rungkai satu persatu punca mengapa kita tetap rasa mengantuk walaupun jam yang diperlukan untuk kita tidur telahpun mencukupi. 

1. Minum alkohol

Walaupun anda sudah merasakan bahawa tidur anda mencukupi, minum alkohol boleh sahaja menjadi salah satu sebab kenapa masih tetap mengantuk pada siang hari. Hal ini kerana, minum alkohol sebelum tidur dapat meningkatkan hormon epinefrin, hormon stress yang akan meningkatkan degupan jantung dan menstimulasi tubuh sehingga anda sering terjaga pada tengah malam.

Walaupun anda tidur lebih awal, kualiti tidur akan terganggu jika anda ambil minuman beralkohol. Itulah punca anda akan tetap mengalami kurang tidur dan mengantuk pada siang hari, walaupun sudah mempunyai waktu tidur yang mencukupi. 

2. Sleep apnea

Sleep apnea merupakan salah satu gangguan tidur yang terjadi saat nafas terhenti sementara ketika anda sedang tidur. Dalam dunia perubatan, sleep apnea yang terjadi karena adanya penyumbatan pada saluran pernafasan disebut sebagai obstructive sleep apnea.

Ketika anda mengalami kesulitan untuk bernafas, otak akan mengirimkan signal untuk bangun. Tanpa sedar, pada ketika itu anda akan bangun sekejap, manarik nafas, dan akhirnya tidur semula. Hal ini menyebabkan tidur anda menjadi terganggu karena harus terbangun setiap beberapa waktu sekali.

Hal ini boleh sahaja menjadi sebab mengapa anda masih mengantuk meski sudah tidur cukup. Oleh sebab itu, anda perlu segera membuat pemeriksaan sekaligus membincangkan tentang perkara ini pada pakar. Dengan begitu, anda akan lebih mudah untuk mengatasi keadaan ini.

3. Restless legs syndrome

Restless legs syndrome (RLS) mungkin salah satu punca mengapa anda masih mengantuk walaupun sudah mendapatkan tidur yang cukup. Hal ini kerana, keadaan ini menyebabkan anda tidak boleh menahan diri untuk tidak menggerakkan kaki pada malam hari, termasuklah ketika anda sedang tidur.

Biasanya, RLS terjadi kerana adanya perasaan tidak nyaman yang akan terasa pada bahagian kaki. Hal ini tentu sahaja dapat mengganggu kualiti tidur anda, sehingga mahu atau tidak, anda masih akan merasa penat dan mengantuk pada siang hari meski sudah tidur cukup.

Sayangnya, jika hal ini terjadi saat tidur, anda mungkin tidak menyadarinya. Hasilnya, akan sedikit susah untuk mengatasi RLS, apalagi jika anda tidur atau duduk sendirian. Sementara itu, jika tidur dengan orang lain, boleh jadi orang tersebut menyedari gangguan tidur ini dan memberi tahukan kepada anda.

4. Berjalan saat tidur

Sleepwalking atau berjalan saat tidur, adalah salah satu gangguan parasomnia yang mungkin anda alami. Meski dalam keadaan tak sedar, anda boleh sahaja berkeliling dalam rumah. Keadaan ini sebenarnya lebih sering terjadi pada anak-anak, tetapi orang dewasa juga boleh mengalaminya.

Keadaan ini sebenarnya bukan masalah serius, tetapi anda boleh sahaja berada dalam bahaya saat mengalaminya. Anda sendiri tak sedar jika sedang berjalan sambil tidur, anda mungkin berjalan keluar dari rumah, menuju ke jalan yang terdapat kenderaan. Tentu sahaja hal ini boleh meningkatkan risiko kemalangan.

5. Narkolepsi

Narkolepsi adalah salah satu gangguan tidur yang ditandai dengan rasa mengantuk hingga tanpa sedar anda tertidur dengan sendirinya. Selain itu, saat mengalaminya, tubuh rasanya seolah lumpuh dan tak boleh bergerak. Bahkan, anda mungkin sahaja mengalami halusinasi semasa sebelum tertidur.

Gangguan tidur yang tergolong kronik ini boleh menjadi alasan kenapa anda masih merasa mengantuk padahal sudah tidur cukup. Hal ini kerana, keadaan ini dapat menyebabkan seseorang tertidur di mana dan bila-bila sahaja secara tak terkawal.

Jika mengalami keadaan ini, anda akan merasa baik-baik sahaja setelah tidur selama 10-15 minit. Setelah itu, anda akan terbangun dan tertidur kembali. Sayangnya, keadaan ini tergolong sebagai gangguan tidur berkepanjangan yang tak boleh diatasi. Akan tetapi, dengan pola hidup sihat dan rawatan yang sesuai, anda boleh mengendalikan gangguan ini.




Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ masih teruskan BIG SALE NI

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my


SUMBER:
https://hellosehat.com/pola-tidur/gangguan-tidur/penyebab-sering-mengantuk/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping