icon-search

Tempat menarik di Johor

Tempat menarik di Johor

Apakah tempat-tempat menarik di Johor yang anda tahu atau pernah kunjungi? Negeri Johor Darul Takzim merupakan negeri yang terletak di selatan semenanjung Malaysia.

Negeri ini terkenal menerusi tempat-tempat menarik seperti tempat perlancongan, makanan, taman tema dan macam-macam lagi. Negeri Johor juga terkenal menerusi kelab bola sepaknya iaitu Johor Darul Takzim. Jalan-jalan dan cari makan adalah tema yang sesuai untuk Johor kerana negeri ini menyimpan banyak keunikan untuk anda kunjungi dan merasai aneka makanan yang sedap-sedap dan juga pelik-pelik.

Ramai yang menjadikan negeri Johor sebagai destinasi percutian bersama keluarga, kawan-kawan dan juga secara solo.

1. Pantai Desaru

Pantai Desaru merupakan destinasi perlancongan yang sentiasa menjadi tumpuan penduduk disekitar Johor Bahru dan juga Singapura serta pelancong lain dari dalam dan juga luar negara. Keindahan dan kecantikan alam semulajadi serta udara pantai yang nyaman sentiasa menjadikan Pantai Desaru sebagai sebuah tempat yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Ia juga turut menawarkan beberapa resort dan hotel yang sesuai untuk percutian bersama keluarga.

2. Gunung Ledang

Gunung Ledang merupakan antara gunung yang terkenal di Malaysia. Ia juga merupakan tempat menarik di Johor bercirikan pergunungan. Ia terletak di daerah Ledang, Johor. Gunung Ledang bersempadan dengan negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Ia terletak dibawah pengurusan dan pengawasan Perbadanan Taman Negara Johor dan mula beroperasi pada bulan Julai 2003.

Antara sebab mengapa ia menjadi begitu popular adalah kerana ia merupakan destinasi hiking yang sering menjadi bualan.

3. Legoland Malaysia

Legoland merupakan sebuah destinasi dan antara tarikan utama di Johor. Sebuah taman tema berkonsepkan lego ini mampu menjadi destinasi tumpuan keluarga kerana ia mampu menarik minat kanak-kanak. Bukan hanya kanak-kanak sahaja yang tertarik, orang dewasa juga akan berasa seronok sepanjang berada disini. Imaginasi anda akan menjadi kenyatan disini. Terdapat lebih daripada 70 jenis tunggangan, gelongsor, persembahan dan tarikan yang sesuai untuk keluarga dan semua peringkat umur. 

4. Danga Bay

Danga Bay adalah salah satu tempat menarik di Johor menawarkan berbagai aktiviti yang penuh gaya. Terdapat banyak outlet dan restoran-restoran yang menawarkan makanan-makanan yang sedap untuk dinikmati disana.

Danga Bay juga dikenali sebagai taman rekreasi terbesar di Johor Bahru dan ia turut memberikan ruang dan kemudahan untuk anda melakukan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan semua peringkat umur. Terdapat juga aktiviti eksklusif untuk kanak-kanak disana.

Jika anda inginkan suasana makan malam yang romantik, Danga bay seharusnya menjadi destinasi utama anda. Anda dapat menikmati makan malam bersama yang tersayang serta dapat menikmati keindahan permandangan malam.

5. Taman Negara endau-Rompin 

Taman Negara endau-Rompin merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan flora dan fauna serta keindahan dan kesegaran alam semulajadi yang mampu memberikan pengalaman baru dalam hidup anda.

Kawasan hutan hujan tropika ini dihuni oleh berbagai spesis hidupan termasuk hidupan liar seperti harimau, gajah, babi hutan dan badak sumbu Sumatera.

Selain daripada hidupan liar, Taman Negara Endau Rompin juga dihuni oleh pelbagai jenis serangga dan burung yang tidak dapat ditemui di tempat lain.

Selain itu, Taman Negara Endau-Rompin juga mempunyai berbagaio mitos dan lagenda yang tersendiri.

6. Ladang Burung Unta Desaru Ostrich Farm

Ia merupakan antara tarikan menarik yang terdapat di negeri Johor kerana ia amat berlainan dan berbeza dari kebiasaan. Ladang Burung Unta yang sangat unik ini terletak di Pengarang.

Antara akttiviti menarik yang boleh anda lakukan disini adalah aktiviti seperti menunggang burung unta, melihat telur-telur burung unta dan melihat sendiri proses penetasan telur burung serta memberi makan kepada burung unta.


WOW! SOCAZ ada buat 12.12 SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Original New Edition
  • SEMUA jenis handsock

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://www.melancong.com.my/tempat-menarik-di-johor/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping