icon-search

Tempat Makanan Menarik di Negeri Sembilan

Tempat Makanan Menarik di Negeri Sembilan

Ramai sekarang ni pergi bercuti kan? Kalau pergi bercuti di sesuatu tempat tu WAJIB untuk kita tahu makanan apa yang sedap di kawasan tersebut. Admin akan kongsikan beberapa tempat makanan yang menarik yang terdapat di Negeri Sembilan   

1. Restoran Kemangi

Alamat: Jalan Kuala Pilah, Persimpangan Taman Pinggiran Golf, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. 

Restoran ini pernah tersenarai dalam senarai tempat makan yang harus dilawati oleh Negeri Sembilan Tourism Board. Mereka menyediakan menu tempahan dan barat. Bagi sesetengah pelanggan, makanan yang mereka sediakan bukanlah yang paling sedap tapi rata-rata mengakui layanan pemilik dan pekerja mereka adalah 5 bintang.

2. Mr Manshor Kopitiam Power

Alamat: Lot 717, Jalan Kuala Pilah – Seremban, 70400 Seremban 

Penggemar kopi digalakkan untuk mencuba kopi di Mr Manshor Kopitiam Power. Sekali cuba, pasti anda akan meminta secawan lagi. Ada bermacam-macam kopi antaranya Tongkat Ali,Kacip Fatimah, Kopitiam Power dan Kopi Burung Walit.

3. Restoran Selera Nogori

Alamat: 602 & 603 Jalan Haruan 4/8 Oakland, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasi adalah bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Jika ke Negeri Sembilan, tidak lengkap rasanya jika tidak mencuba masakan mereka. Restoran Selera Nogori menyediakan masakan Melayu/ Negeri Sembilan dalam bentuk layan diri. Terdapat kira-kira 30 jenis masakan yang sedap untuk pilihan pelanggan. 

4. Haji Shariff Cendol Seremban 2

Alamat: 44 Jalan Yam Tuan, Seremban 

Asalnya, Haji Shariff Cendol dijual secara jaja di kawasan Seremban Lake Garden pada tahun 1950an. Ia berkembang maju sehingga berjaya mendapatkan premis perniagaan sendiri. Haji Shariff Cendol menyediakan pelbagai jenis cendol dengan pelbagai pilihan perisa seperti kacang merah, pulut, dan jagung.

Selain cendol, mereka juga menyediakan rojak yang tidak kurang hebatnya. Semangkuk cendol tidaklah banyak isinya. Jadi, ia cukup dan tidak terbuang. Harganya pula sekitar RM2 sahaja.


Sumber: https://saji.my/seremban/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping