icon-search

Tanda-Tanda Anda Seorang yang Introvert

Tanda-Tanda Anda Seorang yang Introvert

Introversi adalah salah satu ciri personaliti utama yang dikenal pasti dalam banyak teori keperibadian. Orang yang introvert cenderung beralih ke dalam, atau memberi tumpuan lebih kepada pemikiran dalaman, perasaan dan mood daripada mencari rangsangan luar. Introversi umumnya dilihat sebagai wujud sebagai sebahagian daripada kontinum bersama dengan extroversion. Introversi menunjukkan satu hujung skala, sementara extroversion mewakili hujung yang lain. Apakah ciri-ciri introversi tersebut? Jom ikuti entri ini sehingga habis ya   

1. Rasa 'penat' dalam keramaian

Individu introvert biasanya lebih mudah berasa penat apabila berada dalam sesuatu majlis sosial apatah lagi apabila berada di tempat di mana tiada orang yang dikenalinya.

2. Lebih gemar bersendiri

Sebagai seorang introvert, mereka lebih gemar menghabiskan masa bersendirian dan melakukan perkara yang mereka sukai dalam meningkatkan kembali mood mereka.

Bagaimanapun itu bukan bererti mereka tidak suka dengan kehadiran orang lain tetapi biasanya mereka akan mencari ketenangan sendiri selepas berada dalam kelompok yang ramai.

3. Kelompok kecil kawan

Golongan ini dianggap tidak suka berkawan tetapi sebenarnya mereka lebih gemar mengehadkan kelompok rakan-rakan dalam bilangan yang kecil.

4. Dianggap pendiam dan sukar didekati

Golongan ini biasanya dianggap pendiam dan sukar didekati namun sebenarnya mereka tidak gemar membuang tenaga dengan bercakap perkara tidak penting.

5. Suka memerhati

Introvert lebih suka belajar melalui proses pemerhatian dengan melihat sesuatu tugas dilakukan dan meniru cara tersebut.


Semoga bermanfaat   


Sumber:
https://ms.reoveme.com/8-tanda-tanda-anda-adalah-introvert/ 
https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2021/05/17/sering-dianggap-sombong-kenali-ciri-ciri-individu-introvert



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping