search

Tanda Kolesterol Tinggi

Tanda Kolesterol Tinggi

Apa itu kolesterol? Sebelum mengetahui mengenai tanda-tandanya, kita fahami terlebih dahulu mengenai kolesterol.

Umumnya, setiap individu mempunyai kolesterol – lipid berwarna putih kekuningan atau lemak yang berada pada setiap sel tubuh.

Ia berperanan memastikan sel dan organ berfungsi dengan baik. Kolesterol turut memainkan peranan utama dalam pengeluaran hormon, vitamin dan pencernaan.

Kolesterol terhasil daripada dua sumber:

  • 80% secara semula jadi oleh hati dan usus
  • 20% daripada diet pemakanan harian

Anda harus berwaspada apabila anda mempunyai gejala ini:

1. Sakit kepala

Salah satu tanda atau gejala adanya kolesterol tinggi adalah sakit kepala. Sakit kepala di bahagian belakang yang muncul boleh sangat mengganggu dan terasa berat bahkan mengganggu aktiviti harian. Sakit kepala ini akan berangsur membaik seiring dengan menurunnya kadar kolesterol di dalam darah.

2. Sesak nafas dan sakit dada

Tanda kolesterol tinggi yang harus berwaspada iaitu sesak nafas dan dada terasa sakit, terutama jika memiliki sejarah penyakit jantung. Kolesterol tinggi dapat menyebabkan sesak nafas dan sakit pada bahagian dada.

3. Sakit di bagian tengkuk

Tak hanya sakit kepala dan di dada, kolesterol yang tinggi juga dapat menyebabkan nyeri otot dan saraf. Kerana keluhan ini lebih sering dikeluhkan oleh beberapa orang yang mengalami kolesterol tinggi.

4. Mudah penat dan mengantuk

Seseorang dengan kadar kolesterol tinggi cenderung mudah penat dan mengantuk kerana timbulnya plak pada pembuluh darah. Plak tersebut menyebabkan terhambatnya aliran darah ke jaringan tubuh sehingga tubuh kurang mendapatkan asupan aliran darah.


 
Sumber:

https://health.detik.com/berita-detikhealth/d-5859461/ketahui-tanda-tanda-kolesterol-tinggi-dan-cara-mencegahnya



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping