icon-search

Tahukah Anda Siapa Pengasas Canva?

Tahukah Anda Siapa Pengasas Canva?

Selain syarikat besar yang sudah dikenali seperti Netflix dan Amazon, pembangun aplikasi ini juga tidak kurang hebatnya. Rata-rata daripada anda pastinya pernah dan masih menggunakan aplikasi Canva bukan? Canva merupakan aplikasi atas talian percuma dan berbayar (pro) untuk pengguna yang ingin mereka pelbagai bentuk creative design secara virtual.

Pelbagai jenis rekabentuk yang boleh dan mudah dibuat secara dalam talian dan antaranya adalah kad ucapan, poster, brosur, resume, infografik dan lain-lain lagi. Canva boleh diakses dengan mudah melalui web atas talian atau melalui telefon mudah alih.

Canva bermula pada tahun 2012 yang diasaskan oleh Melanie Perkins, wanita kelahiran Australia – kini Ketua Pegawai Eksekutif Canva. Beliau meraih kejayaan di usia 32 tahun yang menyenaraikannya wanita ketiga terkaya di Australia dan termuda di dunia. Canva kini telah digunakan lebih 55 juta orang di seluruh dunia dengan perlonjakan 50 peratus pada era pandemik ini.

Ditolak lebih 100 pelabur

Seperti orang lain, Melanie juga melalui liku-liku perih sebelum mencapai kejayaan pada hari ini.

Aplikasi Canva bermula ketika Melanie berasa sulit untuk menggunakan perisian graphic design sedia ada. Bagi memudahkan penggunaan, Melanie bersama rakan kongsi Cliff Obrecht yang kini tunangnya mula mencipta perisian graphic design tersendiri.

Sebagai syarikat start-up pada waktu itu, Melanie telah ditolak lebih 100 pelabur namun ia tidak mematahkan semangatnya dengan terus mencari perkara yang perlu diperbaiki.

Setiap kali pelabur menimbulkan persoalan kepadanya atau pasukannya, atau memberi alasan mengapa mereka tidak mahu melabur, Melanie tetap fokus pada perkara yang boleh diubah.

Pada tahun 2017, Canva telah mencapai fasa di mana perusahaan tersebut mendapat keuntungan yang sangat memberangsangkan dan amat positif dengan memiliki lebih daripada 250 ahli pasukan.

Mencari idea di Twitter

Apa yang menarik mengenainya, Melanie akan memulakan hari dengan melihat telefon. Bukan untuk melihat mesej pesanan ringkas atau emel, tetapi lebih memilih laman sosial Twitter untuk membaca ciapan pengguna Canva.

Katanya, ia adalah kaedah terbaik untuk memulakan hari dan dapat membantu dirinya proaktif sepanjang hari.

Dalam 16 bulan terakhir, syarikat yang baru berusia 9 tahun ini telah memiliki nilai sebanyak RM62 bilion, yang digunakan pengguna terdiri daripada syarikat kecil-kecilan, kelas dalam talian, pempengaruh media sosial dan lain-lain.

Pada saat ini, Melanie mengatakan lebih 6 bilion design telah direka pengguna di platform Canva.

Walaupun telah mencapai penilaian yang memberangsangkan, Melanie masih menganggap Canva sebagai syarikat start-up.

“Saya rasa sesebuah syarikat itu adalah syarikat start-up apabila impian mereka jauh lebih besar daripada saiz syarikat. Kami masih berada dalam kategori itu. Kami baru sahaja mencapai 1%,” ujarnya.


Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://odisi.my/2021/06/26917/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping