icon-search

Tahukah anda setiap bacaan didalam solat itu sebuah doa???

Tahukah anda setiap bacaan didalam solat itu sebuah doa???

Perasan tak setiap bacaan  kita didalam solat itu adalah sebuah doa???

1. Takbiratul ihram
Momen dimana kita mengosongkan minda dan fikiran kita  dan fokus untuk mengakui sifat Allah Maha Besar serta keagungan Allah. Takbiratul ihram merupakan permulaan ibadah. Kita merendahkan diri kepada pencipta ketika berhadapan dengannya.

2. Duduk antara dua sujud
Bacaan ketika duduk diantara dua sujud terselit sebuah doa yang sangat besar maknanya kepada kita. Tetapi kita mungkin tidak perasa dengan hal tersebut. Doanya adalah, Tuhanku, ampunilah aku, kasihanilah aku, cukupkanlah segala kekuranganku, angkatkanlah darjatku, kurniakanlah rezeki kepadaku, berikanlah aku petunjuk, berikanlah kesihatan kepadaku, berikanlah keampunan kepadaku.

3. Sujud
Ketika ini kita mengatakan pujian kepada Allah SWT. 'Maha suci tuhanku yang maha tinggi dan segala pujian baginya".

Oeh itu, solat jangan terburu-buru. Hayati dan fahami makna yang tersirat daripada bacaan solat tersebut. Kerana bacaan tersebut begitu indah jika difahami.

www.socaz.my 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping