icon-search

Punca Sembelit

Punca Sembelit

Adakah sembelit bahaya kepada anda? Yang sebenarnya, sembelit bukanlah sesuatu yang boleh membahayakan kesihatan anda kecuali sekiranya perkara-perkara berikut berlaku kepada anda:

  • Najis berdarah. Darah yang terdapat dalam najis anda bersama sembelit adalah di antara tanda anda mempunyai penyakit kanser usus, polip, diverticulum iaitu terdapat poket di usus besar, anal fissure iaitu luka di dubur, atau buasir.
  • Penurunan berat badan secara mendadak. anda harus perhatikan simptom ini memandangkan ia adalah di antara tanda-tanda awal kanser usus.
  • Kenaikan berat badan secara mendadak. Selain penurunan berat badan yang mendadak, kenaikan berat badan secara mengejut dengan tiba-tiba juga adalah suatu perkara yang tidak normal. Oleh itu, sekiranya anda mengalami masalah sembelit dan berat badan yang naik secara tiba-tiba,jangan biarkan. Segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
  • Ada biji atau kulit yang keluar dari pangkal dubur semasa membuang air besar. Jika keadaan ini berlaku, bermakna anda mempunyai masalah buasir. Namun harus diingatkan bahawa tidak semua biji atau kulit itu adalah buasir. Kanser pangkal dubur juga boleh bersifat sedemikian. Oleh itu, jika ada biji atau kulit yang terkeluar dari dubur anda, usah diambil ringan.

Apakah punca sembelit? Adalah sangat penting untuk kita mengetahui punca sembelit supaya boleh mengelakkan daripada berlaku. 

1. Ketidakstabilan hormon

Hormon yang menggila dalam tubuh badan boleh menjadi salah satu daripada punca sembelit berlaku. Sebagai contoh, ibu yang baru bersalin akan mengalami perubahan hormon secara mendadak lalu menyebabkan ramai ibu dalam pantang yang mengalami masalah sembelit. 

2. Kurang minum air kosong

Ketahuilah bahawa kurang minum air kosong merupakan punca sembelit yang paling kerap berlaku di Malaysia. Apabila anda kurang minum air daripada yang sepatutnya, secara automatik badan anda akan menjadi kering.

Kesannya,usus akan menyerap air secara berlebihan daripada najis anda menyebabkan najis anda menjadi keras lalu sembelit. Oleh itu, pastikan anda minum air secukupnya setiap hari bagi mengelakkan berlakunya sembelit yang menyakitkan.

3. Kurang pengambilan serat dalam diet seharian

Serat atau fiber adalah sangat penting dan perlu diambil dengan secukupnya setiap hari. Salah satu kesan kekurangan serat dalam diet seharian adalah masalah sembelit. Dari mana anda boleh mendapatkan serat? Serat boleh didapati daripada sumber berikut:

  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Bijirin penuh

4.  Menahan daripada membuang air besar dalam tempoh yang lama

Satu lagi punca sembelit ialah akibat daripada perbuatan menahan daripada membuang air besar dalam tempoh yang lama. Perkara ini biasanya berlaku kepada golongan kanak-kanak. Ada masanya mereka terlupa untuk membuang air besar lalu menyebabkan najis menjadi keras lalu sembelit. Oleh itu, perhatikan anak anda. Pastikan mereka membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari bagi mencegah sembelit.

5. Kekurangan zat besi dalam badan

Punca sembelit yang berakhir ialah kekurangan zat besi dalam badan. Kekurangan tersebut akan menyebabkan najis anda mengeras dan berketul, dan anda kurang bertenaga untuk meneran. Masalah ini selalunya berlaki kepada inu yang sedang mengandung memandangkan bayi dalam kandungan menyerap semua zat dan khasiat dari badan ibu.



WOW! SOCAZ ada buat FIESTA NOVEMBER !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Original Tapak Hitam Skin
  • Handsock Hannah

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://bidadari.my/punca-sembelit/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping