icon-search

Punca-Punca Resdung

Apa itu resdung? Resdung merupakan penyakit yang berlaku disebabkan adanya inflamasi atau keradangan pada dinding sinus. Keradangan yang kerap disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Kebiasaannya, jangkitan 'sinus' bermula dari serangan selsema merupakan punca terjadinya resdung. Selsema pula berpunca daripada jangkitan virus selsema kepada individu yang menyebabkan tisu di dalam rongga hidung dan menjadikannya tersumbat. Akibatnya cecair 'sinus' tidak dapat disingkirkan dan boleh menyebabkan resdung. Antara punca berlakunya resdung yang lain ialah;

1. Alahan

Sesetengah alahan akan menyebabkan pembengkakkan pada bahagian muka dan rongga ‘sinus’. Lalu mengakibatkan hidung tersumbat dan disertai dengan simptom-simptom resdung yang lain. Ada penghidap resdung yang alahan dengan makanan laut seperti udang, sotong dan sebagainya. Debu, bulu binatang, makanan laut mahupun lipas; cuba kenal pasti apa yang menyebabkan hidung menjadi gatal-gatal, berair, bersin dan akhirnya mengundang resdung.

2. Bakteria

Jika selsema tidak sembuh dalam 10 hingga 15 hari, ada kemungkinan besar bakteria telah masuk campur dalam peperangan melawan sistem pertahanan badan bersama virus. Jangkitan bakteria jarang menyebabkan jangkitan pada ‘sinus’ tetapi selalunya memburukkan lagi keadaan jangkitan sedia ada. Bakteria selalunya menjadi jangkitan kedua selepas virus. 

3. Polip Hidung

Punca terjadinya resdung juga disebabkan oleh polip hidung.Polip hidung adalah kecil, ketumbuhan benigna yang membesar dari hidung atau tisu ‘sinus’. Ketumbuhan ini juga boleh menyebabkan saluran ‘sinus’ tersumbat lalu menghalang mukus dari keluar jika bengkak terlalu teruk. Ini akan mengakibatkan jangkitan ‘sinus’/resdung.

Polip Hidung – Polip di dalam rongga hidung akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala. “Batu permata” kecil ini juga akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala akibat kekurangan oksigen ke otak.

4. Udara Tercemar dan Bahan Kimia

Bahan alahan dan pencemaran turut berada di dalam udara yang disedut setiap hari. Bahan kimia seperti di dalam bau minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan kerengsangan pada sesetengah individu.

Menghidu udara yang kurang bersih boleh menyebabkan batuk, ketidakselesaan pada hidung dan menyebabkan keradangan yang sekaligus meningkatkan risiko kepada resdung; ini diakui oleh Dr Bains.

5. Jangkitan Kulat (Fungi)

Jangkitan kulat adalah punca jangkitan pada ‘sinus’ yang paling jarang berlaku. Jangkitan kulat boleh berlaku pada individu yang sihat tetapi sering ditemui pada individu yang lemah sistem imunisasi diri.

Apabila sistem pertahanan diri rendah, fungi boleh hidup dan membesar lebih-lebih lagi di kawasan yang gelap dan lembab seperti di rongga ‘sinus’.

Kulat yang sering dikaitkan dengan resdung adalah Aspergillus. Bagi sesetengah individu, resdung kronik boleh berlaku akibat dari tindakbalas alahan terhadap kulat.

6. Merokok

Seperti udara yang tercemar, rokok dan asap rokok juga boleh merengsakan hidung dan mengakibatkan keradangan. Ini mendedahkan lagi pada risiko jangkitan di dinding ‘sinus’.

Orang yang merokok sebenarnya dengan sengaja telah merosakkan sistem pembersihan hidung semula jadi dengan asap rokok yang disedutnya.

“Kotoran” dan “sampah” dari asap rokok akan terkumpul di dinding ‘sinus’ yang turut menyumbang kepada pembengkakkan dan penyumbatan saluran hidung terutamanya ketika selsema.

7. Kekurangan Air/Udara Yang Kering

Apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mukus semakin pekat. Hasilnya akan menyumbang kepada gejala resdung yang lebih teruk.

Penghidap resdung dinasihati untuk mengambil air kosong secukupnya setiap hari. Doktor biasanya menasihati pesakit untuk sentiasa memastikan kandungan air adalah cukup bagi mengawal kelembapan semulajadi di dalam rongga hidung dan ‘sinus’.

8. Struktur Hidung yang Berbeza

Kes seperti ini jarang berlaku namun ada. Risiko untuk mendapat jangkitan ‘sinus’ adalah tinggi apabila seorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan ‘sinus’ yang berbeza dari normal atau dengan polip. 

 

Semoga bermanfaat   

 

WOW! SOCAZ ada buat OKTOBEST SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M Skin
  • Stokin Kanik Original Tapak Hitam 
  • Handsock Aaisya
  • Handsock Ainisha 6.0 

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://www.maryjardin.co/9-punca-terjadinya-resdung/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping