icon-search

Punca Perut Buncit

Punca Perut Buncit

Masalah perut buncit kadangkala menjadi tanda tanya kepada setiap orang yang mempunyainya. Mengapa perkara tersebut boleh terjadi? Jom kita rungkai bersama apakah faktor seseorang itu mempunyai perut yang buncit.

1. Perut berangin
Ada orang makan tak banyak, selalu bersenam, namun tetap mengalami masalah perut buncit kerana perutnya kembung dan penuh dengan angin atau gas.

Masalah perut kembung atau dalam bahasa inggerisnya bloating adalah punca perut buncit yang selalu berlaku tanpa disedari oleh tuan punya badan. Jika anda perasan yang perut buncit anda adalah berpunca daripada masalah perut berangin.

2. Suka makan bersulam minum air
Punca perut buncit yang seterusnya ialah tabiat banyak minum air semasa makan. Kalau diperhatikan, orang tua zaman dahulu biasanya akan makan sehingga habis sebelum minum air. Ia merupakan salah satu daripada petua untuk mendapatkan perut yang kempis, cantik, dan tidak membuncit. Namun petua ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana sejak kecil kita sudah membiasakan diri makan sambil minum.

Namun, kalau anda perasan perut sudah mula membuncit, bolehlah cuba ubah tabiat suka minum sambil makan yang boleh menjadi punca perut buncit.

3. Makan terlalu banyak

Tabiat makan terlalu banyak boleh menyebabkan perut anda menjadi buncit dan masalah berat badan terlebih, malas obesiti.

Tabiat pemakanan yang terbaik ialah dengan cara mengamalkan sukatan suku, suku, separuh iaitu suku karbohidrat, suku protein, dan separuh sayur. Pemakanan yang baik bukan sahaja boleh mengelakkan masalah perut buncit malah akan menjaga kesihatan usus supaya dapat berfungsi dengan baik.

4. Gangguan pada sistem usus

Punca perut buncit yang seterusnya ialah gangguan pada sistem usus. Kadangkala anda tidak sedar bahawa anda mempunyai masalah gangguan pada usus kerana tidak sedar akan simptom-simpton yang ada pada badan. Salah satu daripada simptom masalah usus terganggu ialah perut buncit. 



Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat SALE!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Stokin Soka Original New Edition
  • Lily Handsock

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my

Kredit:

https://bidadari.my/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping