icon-search

Pokok yang Sesuai untuk Mula Bekebun

Pokok yang Sesuai untuk Mula Bekebun

Waktu PKP ni, sesuai isi masa lapang dengan benda berfaedah. Lagi-lagi dengan benda baru yang belum lagi korang cuba. Tentu seronok untuk melakukan benda baru. Banyak benda korang boleh buat, tapi hari ni saya nak share tanaman yang korang boleh bekebun. Kita boleh mulakan dengan benda simple je, chill chill. Antara pokok korang boleh taman ialah:

  • Pudina (Mint Leave)
  • Bawang Putih
  • Pokok Cili (Cili Padi)
  • Salad
  • Serai (lemongrass)
  • Halia (ginger)
  • Bawang dan daun bawang (spring onion) 

Pudina (Mint Leave)

Anda boleh beli daun pudina daripada kedai nurseri, ataupun minta sahaja dari jiran anda untuk batang daun pudina mereka. Apabila daun pudina sudah mula berbunga, anda hanya perlu kerat batangnya dalam 1 inci daripada tanah, dan ia akan tumbuh kembali.

Pudina merupakan tanaman menjalar yang cepat membesar, terutamanya jika terdedah pada cahaya matahari. Tumbuhan ini mampu menjadi agresif dan menjalar ke pasu lain, maka anda harus pastikan ia kekal dalam pasu sendiri sahaja. 

Siram hanya apabila permukaan tanah kering, dan pastikan lebihan air dapat mengalir keluar. Petik sahaja daun tersebut bila diperlukan.

Bawang Putih

Tanaman ini adalah antara yang paling senang untuk ditanam di Malaysia, kerana cuaca kita sangat sesuai. Anda hanya perlu gunakan satu atau dua ulas bawang putih, dan tanamkannya dengan bahagian akar di bawah. Jarakkan lebih kurang 4 inci antara setiap satu dan dedahkan pada sinaran matahari.

 Siram apabila perlu. Bawang putih memerlukan sehingga 9 bulan untuk matang, maka kami nasihatkan anda sediakan ruang untuknya. Tetapi setelah 9 bulan anda akan mendapati ulas bawang putih anda sudah membiak sehingga 5 – 10 ulas! 

Dan untuk memetiknya, anda boleh mula menuai hasil apabila daunnya bertukar menjadi coklat. Anda boleh terus menggunakan bawang putih, atau keringkan selama 2-3 minggu sebelum disimpan di dalam peti ais.

Pokok Cili (Cili Padi)

Pokok cili adalah paling senang nak tanam kerana cuaca di Malaysia. Jika anda pengemar makan benda pedas, anda hanya perlu asingkan biji cili padi, tabur di dalam pasu berisi tanah dan siram dengan teratur. 

Proses percambahan akan berlaku dalam 7 hingga 10 hari, dan apabila tunas mula kelihatan, anda perlu menyiramnya secara berjadual. Dalam 6 hingga 8 minggu, tanaman ini akan mengeluarkan hasil. Bila sudah cukup masak, petik sahaja dari tangkai.

Salad

Anda sukakan makan salad, anda boleh rendamkan bahagian pangkal daun salad dalam sedikit air. Tinggalkannya di balkoni, tukar airnya setiap hari dan anda akan dapat lihat tunas baru dalam masa seminggu. 

Sekarang anda sudah boleh pindahkan tanaman ke dalam pasu berisi tanah dan pastikan tanah sentiasa lembap. Apabila mencapai ketinggian 6 inci, anda sudah boleh menggunakan daunnya dalam hidangan salad anda.

Serai (lemongrass)

Serai adalah bahan paling banyak digunakan dalam masakan Thailand, Melayu dan juga Nyonya. Daun serai adalah tajam dan tidak mempunyai rasa, yang penting adalah bahagian bawahnya yang memberikan rasa tersendiri kepada masakan anda nanti.

Ambil sebatang serai dan rendam ke dalam air selama seminggu dan anda akan mula melihat akarnya tumbuh. Apabila akar dan daun sudah mula tumbuh, anda boleh mengalihkannya ke dalam pasu yang lebih besar. Pokok serai membiak dengan cepat dan anda boleh melihat anak pokok di bahagian tepi.

Pastikan sekurang-kurangnya 4 anak pokok serai tumbuh (mungkin memakan masa selama empat bulan), potong daun bahagian atas dan asingkan ke dalam pasu yang berbeza untuk mengelakkan ia tumbuh secara tidak sekata dan juga terbantut.

Halia (Ginger)

Sama seperti bawang putih, halia adalah antara bahan wajib ada dalam setiap rumah tak kisah apa pun yang anda masak. Ia juga mudah untuk ditanam. Hanya pilih bahagian batang yang mempunyai ‘mata’, seperti yang kita lihat pada ubi. Tanam satu inci di bawah tanah dan pastikan ia lembab.

Dalam masa yang singkat, anda akan dapat melihat akarnya akan mula tumbuh dan bercambah dengan banyak dalam masa empat bulan. Bahagian halia yang anda perlukan akan tumbuh di bawah tanah, anda boleh potong dan ambil bahagian yang ingin digunakan.

Bawang dan Daun Bawang (Spring Onion)

Kedua-dua bahagian ini adalah dari tumbuhan yang sama dan mempunyai fungsi tersendiri dan ia juga tumbuh dari bahagian bawah bawang lama. Daun bawang adalah sangat sesuai untuk ditambahkan ke dalam sup untuk rasa yang lebih sedap, dan bahagian bawah pokok bawang digunakan oleh ramai orang sebagai bawang besar. 

Cara menanamnya amat mudah, hanya letakkan bahagian bawah bawang tenggelam ke dalam air dan biarkan sehingga akar tumbuh. Anda akan melihat pucuk berwarna hijau mula tumbuh, itu bermakna anda boleh memindahkannya ke dalam pasu. Ketika anda hendak memetik daun bawang, jangan petik kesemuanya sekali. 

Untuk mendapatkan bawang yang lebih besar, ia memerlukan lapisan daun yang memberikan nutrien kepada setiap lapisan bawang. Jika terdapat 10 helai daun, bermakna bawang anda mempunyai lapan hingga 10 lapis yang sedang bertumbuh di bawah tanah. Ia mengambil masa 90- 120 hari untuk bawang tumbuh kepada saiz maksimum. Apabila ia mula berbunga, anda boleh ambil bawang itu.

Bekebun adalah aktiviti yang sihat untuk dilakukan, jadi rugi kalau korang cuba


Pssst.....

Tak lama lagi akan ada promo baru SOCAZ buat

So, stand by tau. Jangan terlepas pulak

www.socaz.my

Sumber:

https://www.iproperty.com.my/lifestyle/tanaman-yang-mudah-ditanam-semula-di-balkoni/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping