search

PILIHAN WARNA PAKAIAN SESUAI MENGIKUT HARI

PILIHAN WARNA PAKAIAN SESUAI MENGIKUT HARI

Pilihan Warna Pakaian Mengikut Hari Mempengaruhi Penampilan Si Pemakainya |

Assalamualaikum & salam sejahtera. Cara mudah nak serlahkan aura positif kita adalah melalui pilihan warna pakaian atau aksesori yang dipakai setiap hari.  

Pasti ada dalam kalangan korang yang hari-hari buntu fikir baju warna apa nak dipakai. Kadang-kadang, ada yang termenung ketika membuka almari kerana memikirkan soal pakaian ini.

Ramai yang tidak peduli warna apa yang dipakai mereka. Ada juga yang memilih warna pakaian mengikut warna kulit mereka. Yang lagi pelik, ada juga yang meminati satu warna sahaja untuk dipakai setiap minggu.

Jom baca tips pemilihan warna pakaian mengikut hari di bawah ini.

1) Hari isnin - Putih

  • Hari Isnin adalah hari permulaan dalam setiap minggu, jadi sesuai bagi anda yang merupakan seorang pekerja atau pelajar untuk hadapi hari berkenaan dengan pemilihan warna putih kerana ia memberi ketenangan. Permulaan hari anda akan lebih kelihatan positif dengan mengenakan warna putih ini.

2) Hari selasa - Ungu atau merah jambu

  • Hari Selasa adalah hari emosi. Jadi, lebih sesuai sekiranya anda memakai warna lembut seperti ungu dan merah jambu kerana warna-warna ini dapat menimbulkan perasaan ceria. Ia juga dapat membuatkan orang yang dekat dengan kita berasa lebih selesa. Pergerakan kita juga akan lebih berani dan santai.

3) Hari rabu - Biru

  • Warna biru melambangkan ketenangan, kematangan dan rasional yang mana dapat mempengaruhi seseorang untuk membuat keputusan yang tepat sama ada berkaitan dengan kerja mahupun kehidupan peribadi.  Biru dikatakan mampu melancarkan dan memudahkan komunikasi.

4) Hari khamis - Kuning atau oren

  • Hari khamis merupakan hari untuk membuat perubahan. Warna kuning dan oren ini adalah warna yang terang dan dapat menjadikan seseorang itu lebih bertenaga dan berfikiran lebih kereatif. Warna terang ini memberikan keceriaan kepada si pemakai dan orang di sekelilingnya. Pergerakan juga akan lebih yakin.

5) Hari jumaat - Hijau

  • Warna ini sangat sesuai digayakan pada hari Jumaat kerana auranya dapat memberikan terapi yang menyegarkan si pemakai selepas berpenat lelah dengan kerja atau kuliah. Pemilihan warna hijau dapat memberikan kesan yang lebih harmoni dan segar. Warna hijau ini juga mampu memberi pengisian kepada si pemakai. 

6) Hari sabtu - Merah

  • Hari Sabtu adalah hari untuk bersosial. Warna merah ini merupakan lambang keberanian dan kemewahan. Pemilihan warna merah ini dapat memberi aura keberanian kepada diri si pemakai untuk lebih bergerak aktif dan berani mencuba sesuatu yang baru. Dalam erti kata lain, membuat perubahan baik pada penampilan, hobi, pekerjaan, atau pelajaran.

7) Hari ahad - Hitam

  • Hari Ahad adalah hari untuk berehat. Ramai yang keluar memakai pakaian hitam kerana ia lebih sesuai dan boleh dipadankan dengan warna lain. Warna ini juga tidak menampakkan seseorang itu berlebihan dalam bergaya tetapi lebih kepada penampilan yang santai. Warna hitam juga adalah warna yang mewah dan mampu memberikan aura positif kepada si pemakai.

Jadi selepas ini korang dah boleh dah susun warna baju mengikut hari. Jom sebarkan aura positif.  Selamat mencuba  

www.socaz.my

sumber:

https://iamlejen.com/tampil-lebih-menarik-dengan-pemilihan-warna-pakaian-mengikut-hari/#.YLntTfkzbIU

https://blog.maukerja.my/ms/14593/panduan-mudah-untuk-memilih-warna-pakaian-mengikut-hari-psikologi

https://murnimohdyusof.blogspot.com/2016/05/pilihan-warna-pakaian-mempengaruhi-penampilan.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping