search

Perkara yang Perlu dilakukan Jika Berlaku Kematian di Rumah

Perkara yang Perlu dilakukan Jika Berlaku Kematian di Rumah

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa hampir 90% keadaan jenazah yang meninggal dunia dan di kawasan Perkampungan lebih terurus dan bersih berbanding hampir 60% jenazah yang meninggal di kawasan Taman Perumahan kurang terurus keadaan mereka seperti sendi-sendi tulang yang keras terutamanya ketika memandikan jenazah tersebut.

Jadi bagaimanakah caranya untuk kita membuat persiapan sekiranya berlaku kematian di rumah? 

1. Sediakan tisu basah dan gunting

Potongkan pakaian dalam jenazah dan bersihkan najis-najis yang terdapat pada jenazah. Sebaik-baiknya diuruskan terus oleh waris secepat mungkin supaya najis-najis tersebut tidak tertinggal lama dan kering pada badan jenazah.

Bau-bau yang kurang enak juga dapat dielakkan apabila najis-najis tersebut telah dibersihkan lebih awal oleh waris terdekat.

2. Menggunting Baju Jenazah

Sebaiknya waris menggunting sahaja baju jenazah agar jenazah tidak perlu dibalik-balik apabila perlu menanggalkan baju jenazah untuk dimandikan kelak. 

3. Sediakan minyak zaitun atau losyen

Ambil minyak zaitun atau losyen dan sapukan pada sendi-sendi badan jenazah supaya anggota sendi tersebut lebih mudah diqiamkan dan mudah diuruskan ketika proses memandikan jenazah itu nanti. 

4. Sediakan cebisan kain dan kapas

Ambil cebisan kain yang kecil dan ikatkan dari mulut naik ke kepala supaya mulut jenazah tertutup rapat. Letakkan sedikit kapas dan sumbatkannya ke dalam telinga dan hidung untuk mengelakkan daripada serangga. Selain itu, untuk mengelakkan lendir daripada terkeluar.

5. Sediakan anak tudung atau selendang

Tutupkan rambut jenazah wanita dengan anak tudung atau selendang demi memelihara aurat mereka. 

6. Posisikan jenazah ke arah kiblat

Pastikan kepala jenazah menghala ke arah kiblat.

7. Sediakan pemberat

Letakkan pemberat seperti buku di atas perut jenazah bagi mengelakkan perut jenazah dari mengembung dan membuncit

8. Sediakan kain batik lepas atau cadar putih

Apabila selesai membersihkan jenazah, waris perlulah menutup keseluruhan tubuh badan jenazah menggunakan kain batik lepas atau cadar yang panjang.

9. Maklumkan kematian kepada AJK masjid, pihak polis dan hospital

Adalah amat penting untuk ambil tahu dan kenal AJK Masjid kariah kawasan anda supaya jika ada kecemasan seperti ini kita sebagai waris dapat mengambil tindakan dengan cepat dan simpan nombor-nombor penting seperti nombor balai polis dan hospital yang berdekatan.

10. Memandikan Jenazah

Sebaiknya waris yang memandikan jenazah saudara terdekat mereka sambil dibantu oleh pihak yang arif dalam urusan pengurusan ini.

11. Mengkafankan jenazah

Urusan memandikan dan mengkafankan jenazah akan menjadi lebih mudah andai waris terlebih dahulu telah membersihkan jenazah saudara mereka.

12. Solat jenazah

Belajar rukun-rukun solat jenazah dan praktikkan agar kita lebih tahu cara-cara menyembahyangkan jenazah tidak kira jenazah itu saudara kita atau umat islam yang lain.

13. Kebumikan jenazah

Ini adalah proses terakhir dalam pengurusan jenazah. Buat anak-anak, ini adalah saat terakhir kita melihat ibu bapa kita, adik beradik kita, saudara kita, kawan-kawan kita. Ambil peluang terakhir untuk menguruskan insan-insan kesayangan kita kerana kita akan terpisah buat selama-lamanya dengan mereka di dunia ini.


Kesimpulannya, jadilah anak, suami, isteri, kawan atau saudara yang mengambil tahu serba sedikit ilmu tentang cara pengurusan jenazah agar jenazah-jenazah saudara kita dapat diuruskan dengan baik dan sempurna sebaik sahaja mereka telah meninggal dunia.


WOW! SOCAZ ada buat FIESTA NOVEMBER !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Original Tapak Hitam Skin
  • Handsock Hannah

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
Fedtri Yahya
Intan Maria Ahmad
https://bidadari.my/perkara-berlaku-kematian/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping