search

Negara luar yang Muslim Friendly untuk melancong

Negara luar yang Muslim Friendly untuk melancong

mmm, mesti best kan kalau dapat melancong ke luar negara. Dapat lah tengok sightseen yang menarik, makanan tempatan yang sedap. Tak lupa juga dengan adat & budaya yang mereka ada. Tahu tak, ada negara yang muslim friendly boleh anda lawati. Antaranya:


  • Maldives
  • Australia
  • Kazan, Rusia
  • Cape Town, Afrika Selatan
  • Sepanyol
  • Taiwan
  • Jepun
  • United Kingdom
  • Thailand
  • Singapure


1. Maldives

Sebahagian rakyat Malaysia mungkin sudah tahu bahawa pulau Maldives adalah sebuah negara Islam yang mempunyai 100 peratus populasi Islam. Maldives terkenal sebagai destinasi percutian kerana air laut yang sangat jernih, chalet atau resort di atas air dan pemandangan yang menakjubkan.

Untuk pengetahuan anda, pulau Male antara pulau terkenal di sini. Jangan risau, pulau tersebut melarang pelancong memakai bikini, tiada minuman alkohol, bercumbuan dan memancing untuk menjaga ekosistem mereka.


2. Australia

Terdapat hampir 1 juta penduduk Islam di negara ini dan kebebasan beragama serta kemudahan awam yang mudah didapati menjadikan ia negara mesra-Muslim. Difahamkan, pengaruh Islam dibawa oleh pendatang asing yang sudah lama menetap dan berkahwin di sana. Kebanyakan orang Arab tempatan memiliki tanah untuk perusahaan buah-buahan dan makanan.


3. Kazan, Rusia

Ramai tidak tahu bahawa Rusia mempunyai banyak senibina Islam yang terdapat pada masjid di Kazan. Anda boleh hayati dan fahami sejarah yang ada di sana. Untuk pengetahuan anda, masjid Qolsharif adalah masjid yang terbesar di Eropah (selain Istanbul).


4. Cape Town, Afrika Selatan

Bandar Cape Town dikategorikan sebagai mesra-Muslim kerana penduduk Muslim banyak mendiami di kawasan kawasan Bo Kaap. Malah, terdapat sembilan buah masjid di sana.


5. Sepanyol

Sepanyol masih lagi kekal sebagai negara yang ramah Muslim di Eropah. Selain itu, mereka banyak mengekalkan elemen-elemen Islam dalam seni dan kebudayaannya. Selain itu, kerajaan negara itu sedar mengenai kepentingan pelancong Muslim dan mereka boleh memiliki rumah kedua di Eropah sehingga dapat mengembangkan sektor pelancongan halal di sana.


6. Taiwan

Taiwan mungkin adalah negara yang kurang dikenali oleh pelancong Malaysia berbanding negara jirannya tetapi Taiwan berada di antara kedudukan teratas dalami penyediaan persekitaran perjalanan mesra Muslim di antara negara-negara bukan OIC.

Antara ciri yang menyumbang kepada penarafan tinggi ini adalah kebebasan beragama yang diamalkan oleh kerajaan negara ini. Pelancong dengan sangat mudah akan menemui ruang solat Muslim yang terdapat di banyak hub pengangkutan dan kawasan tarikan.

Pelancong Muslim ke Taiwan juga tidak perlu bimbang soal makanan halal. Sebabnya, terdapat begitu banyak restoran yang menyajikan makanan Halal di Taiwan, jadi anda tak perlu berlapar atau membawa terlalu banyak bekalan dari Malaysia yer. Keperluan makanan kita dijaga dengan baik.

Selain itu, masih banyak kemudahan lain yang tersedia untuk memenuhi keperluan keagamaan sebagai Muslim. Taiwan terus berusaha untuk mewujudkan persekitaran perjalanan yang sangat mesra untuk rakan-rakan pelancong Muslim.


7. Jepun

Walaupun terdapat beberapa masjid dan ruang solat namun fasiliti tersebut hanya tertumpu di Tokyo sahaja. Terdapat lebih kurang 15 buah masjid dan surau di Tokyo. Antaranya ialah Dar al-Arqam masjid, As-salaam Masjid, Shin Okubo Musallah, Internatioanal Passenger Terminal, Tokyo Camii & Turkish Culture Center, Takashimaya Shinjuku Store dan banyak lagi. 

Terdapat banyak pertubuhan Islam berdaftar yang terdapat di Jepun antaranya Islamic Center Japan, Japan Muslim Association, Japan Muslim Peace Federation, Japan Islamic Trust, Islamic Circle of Japan, Kanazawa Muslim Society, Tsukuba Muslim Resident Association, Islamic Culture Center Sendai dan Muslim Association of Kitakyush.

8. United Kingdom

Menurut agensi berita BBC , terdapat kira-kira 1,750 masjid di sekitar United Kingdom yang mempunyai kira-kira 3 juta penduduk Muslim, atau 5% dari keseluruhan penduduk. Yang menarik di United Kingdom, makanan halal amat mudah dijumpai. Bukan sahaja dari peniaga muslim kecil-kecilan, malah barangan daging halal juga boleh didapati di pasaraya. 

Selain itu, beberapa restoran francais makanan segera (fast-food) ternama seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), Subway mempunyai cawangan yang halal di sekitar United Kingdom ! Boleh melancong dan makan sedap-sedap !


9. Thailand

80 peratus masyarakat Islam tinggal di dearah selatan Thailand seperti Pha Nga, Songkhla, Pattani, Satun, Jala dan Narathiwat. Sebahagian kecil lagi bermukim di kawasan tengah dan utara Thailand. Pembabitan Thailand dalam industri halal sangat pesat jika dibandingkan dengan peratusan penduduk Muslim di Thailand.

Bagi Muslim travelers, tentu anda mengetahui antara cara termudah mencari makanan halal di sebuah negara asing adalah dengan mengetahui lokasi masjid berdekatan. Ini kerana di situ terdapat komuniti Muslim yang menjalankan urusan seharian termasuk berniaga makanan halal dan barang keperluan harian Muslim.

Data rasmi menunjukkan bahawa di Bangkok sahaja, ada 160 masjid yang didirikan bagi keperluan sejuta umat Islam beribadah walaupun komuniti Muslim yang sedikit disitu. Memang mudahlah mencari makanan di Bangkok. Itu belum kira lagi di kawasan Selatan Thailand yang lebih ramai penduduk Muslim. 


10. Singapure

Singapura menjadi negara bukan OIC paling mesra buat pelancong muslim. Singapura juga menduduki tangga ketiga dari segi komunikasi dengan para pelancong Muslim.

Selain itu, Singapura mempunyai persekitaran yang mampan bagi menyokong golongan pelancong muslim iaitu iaitu mempunyai persekitaran yang selamat ,tiada halangan beragama dan kebebasan untuk Muslim beribadah dan terus mengamalkan agama mereka .


Syukur, masih banyak lagi di luar negara yang muslim friendly untuk pergi melancong. Walaupun di maan anda berapa, pasti jaga diri & jaga adat disana.



Alright, jom tengok sale gempak kita  

Masih on lagi BIG SALE kita

Sepasang RM4.90 tau, murah tu   

Dah lah murah, selesa, sejuk , tebal pulak tu

Siap boleh bawah solat lagi

Minat? Jom, contact link dibawah:  

www.wasap.my/60167710754/socazhq
www.wasap.my/60167710754/socazhq

www.wasap.my/60167710754/socazhq

www.socaz.my

Sumber:

https://salaam.buzzkini.com/5-negara-mesra-muslim-anda-harus-pergi/

https://surgaroute.com/2020/top-5-negara-paling-mesra-pelancong-muslim/











Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping