icon-search

MASJID SRI SENDAYAN NEGERI SEMBILAN

MASJID SRI SENDAYAN NEGERI SEMBILAN

KEISTIMEWAAN MASJID SRI SENDAYAN

Masjid ini amatlah istimewa kerana masjid ini mempunyai ciri seperti Masjid Nabawi dan Taj Mahal. Sesiapa yang datang kesini pasti merasa seperti berada di Masjid Nabawi dan Taj Mahal. Masjid ini diwakafkan oleh Pengasas RHB Bank, Tan Sri Abd Rashid Hussain. 

Masjid ini boleh memuatkan jemaah seramai 5000 orang.  Masjid ini merupakan seni dan arkitek  daripada empat buah negara iaitu Turki, Emiriah Arab Bersatu, MAGRIBI dan China.  Idea rekaan dalamannya pula diilhamkan oleh Tuan Haji Zainal iaitu kontraktor Interior. 

Masjid ini juga dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan dan enam buah unit rumah sebagai kediaman petugas masjid. Masjid ini juga mempunyai pusat untuk anak-anak yatim yang boleh menempatkan 52 orang penghuni. Pusat ini dilengkapi dengan bilik ulang kaji dan dewan makan.

Diharapkan, masjid yang dilengkapi dengan fasiliti yang lengkap ini dapat diimarahkan dengan sebaiknya. 

Sumber:
www.thevocket.com
www.bharian.com.my 




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping