search

Masakan Tempatan yang Wajib Tahu

Masakan Tempatan yang Wajib Tahu

Pada zaman sekarang, ramai jugak anak muda tidak tahu masakan orang Melayu macam mana. Ada juga yang tak pernah dengar nama nya. Jadi hari ni saya nak share kan korang masakan Melayu dahulu yang wajib korang tahu. Antara makanan yang sering dimakan oleh masyarakat Melayu suatu tika dahulu adalah :

1. UBI REBUS

Ketika zaman penjajahan Jepun dahulu, makanan ruji utama masyarakat Melayu adalah ubi rebus kerana sukar mendapatkan beras untuk dimakan. Ubi direbus dan dimakan begitu sahaja atau turut dicicah dengan kelapa parut. Malah, ia turut dimakan bersama kopi panas. 

Selain dijadikan sebagai alas perut, ubi juga mempunyai beberapa khasiat seperti mengubati penyakit reumatik, demam, sakit kepala, diarrea, kecacingan, kabur mata, nafsu makan, luka bernanah dan luka akibat kena panas. 

2. LEMPENG

Lempeng menjadi makanan masyarakat Melayu suatu tika dahulu. Ia merupakan makanan ringan yang boleh dimakan semasa sarapan pagi atau minum petang. Terdapat dua jenis lempeng iaitu lempeng biasa dan lempeng kelapa. Lempeng berbentuk leper yang dimakan bersama sambal bilis atau kuah kari. Malah, ia juga boleh dimakan dengan mencicah kopi panas. 

3. PISANG REBUS

Pisang rebus biasanya diperolehi dari tanaman yang dihasilkan di sekitar rumah. Ia biasanya dimakan bersama parutan kelapa. Pisang rebus ni sangat bagus, sebab ini kaya dengan sumber tenaga, gula serta tidak mengandungi kolesterol dan tidak berminyak. 

Pisang yang sering dijadikan pisang rebus adalah dari jenis pisang nipah, pisang nangka, pisang abu dan pisang lang. Malah, pisang – pisang tersebut mestilah yang sudah hampir masak dan ia akan direbus untuk dijadikan sarapan pagi. 

4. NASI LEMAK

Nasi Lemak merupakan makanan kegemaran ramai. Biasanya ia dijadikan sarapan pagi, namun seiring dengan peredaran zaman, kini ianya boleh dinikmati pada bila – bila masa sahaja. Nasi lemak dimasak menggunakan santan. Ia juga ditambah dengan hirisan bawang merah, halia dan serai. Malah, daun pandan juga dimasukkan bagi memberi aroma yang lebih mengliurkan.

Orang Melayu biasanya menikmati nasi lemak bersama telur rebus, ikan bilis goreng dan juga sambal. Namun, pada hari ini nasi lemak dihidangkan bersama pelbagai jenis lauk seperti ayam, daging, udang, sotong, paru, limpa serta hati lembu.

5. LEMANG

Lemang merupakan sejenis makanan tradisi Melayu yang wajib ada semasa sambutan Hari Raya. Ia antara makanan kegemaran ramai termasuklah kaum Cina, India dan sebagainya.Sejak tahun 1864, lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa yang disukai ramai. 

Makanan ini biasanya disajikan bersama rendang ataupun serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut, santan dan sedikit garam. Ia akan dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak.

6. TAPAI

Tapai merupakan hidangan pencuci mulut yang diperbuat daripada beras pulut atau ubi kayu. Namun, tapai pulut lebih popular dan digemari ramai berbanding tapai ubi kerana rasanya lebih enak. 

Bahan yang digunakan untuk membuat tapai adalah beras pulut atau ubi kayu, ragi dan sedikit gula. Kesemua bahan akan dicampur bersama dan dibungkus menggunakan daun tapai. Setelah siap dibungkus, ia akan disimpan dan diperam di dalam pasu tempayan besar yang ditutup dengan kain selama 3 hari. Tapai ini akan masak secara semulajadi dan setelah diperam ia sudah boleh dimakan.

7. BELACAN

Masyarakat Melayu sememangnya tidak boleh berpisah dengan belacan. Belacan merupakan perisa yang diperbuat daripada udang kecil atau udang geragau yang dikisar serta dimampatkan sebelum dijemur sehingga kering.

Ia mempunyai bau yang agak kuat, namun rasanya tetap enak dan disukai ramai. Belacan yang dibakar sedikit sebelum digunakan lebih membangkitkan aromanya. Ia sering ditumbuk bersama cili untuk dijadikan sambal belacan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu dan juga bangsa lain.

8. RENDANG

Rendang sebenarnya makanan yang berasal dari Padang dan salah satu hidangan istimewa masyarakat Minangkabau. Namun, ia telah menjadi salah satu makanan tradisi masyarakat Melayu sejak dahulu lagi.

Hidangan ini diperbuat daripada daging atau pun ayam, malah ada juga yang menggunakan daging itik untuk menghasilkan. Ia dimasak bersama cili giling, santan, serai, daun kunyit, halia, bawang merah yang kemudiannya dimasak beberapa jam. 

9. PUTU PIRING

Kuih ni saya paling suka, sebab putu piring ia manis dan sedap dimakan masa panas. Dapat nama pun dari bentuknya. Ia diperbuat daripada tepung ubi dan tepung beras, serta berintikan gula Melaka. Kuih ini akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam periuk khas. Setelah masak, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda.

1O. BOTOK-BOTOK

Botok- botok merupakan makanan tradisi masyarakat Johor. Ia seakan telur pindang yang hanya boleh disediakan oleh generasi lama di Johor sahaja bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

Hidangan ini dibungkus menggunakan daun pisang dan apabila dibuka anda akan melihat beberapa kepingan ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus. Ikan yang sering digunakan untuk hidangan ini adalah ikan tenggiri atau ikan merah. 

11. CENCALUK

Ia merupakan sejenis lauk yang boleh dimakan bersama nasi. Cencaluk diperbuat daripada udang halus atau udang geragau dan akan dicampurkan dengan air dan sedikit nasi. Setelah ketiga-tiga bahan tadi sudah menjadi sebati, ia seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas iaitu pasu atau tempayan kecil dan ditutup rapat-rapat dengan menggunakan kain bersih dan diperam selama 3 hari. 

Apabila ingin dimakan bersama nasi, ianya hendaklah dicampurkan dengan cili padi dan bawang besar yang dihiris. Kemudian perahan jus limau nipis atau limau kasturi dicampurkan untuk memberi rasa yang lebih sedap.

12. DODOL

Dodol adalah sejenis pencuci mulut yang begitu terkenal di negeri Melaka. Pembuatannya agak rumit sehinggakan generasi muda masa kini tidak mahir membuatnya. Hanya generasi terdahulu yang handal menghasilkan dodol yang lemak manis. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam. 

Kesemua bahan akan dicampurkan ke dalam kuali yang besar atau kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol hendaklah sentiasa dikacau secara bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Ia akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak. Dodol hendaklah sentiasa dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah.

13. RENDANG PUCUK UBI

Rendang Pucuk Ubi ini merupakan salah satu hidangan yang berasal dari Negeri Sembilan. Ia menggunakan daun – daun kayu serta pucuk ubi yang dimasak kering sehingga daun bertukar menjadi kering dan gelap sebelum dihidangkan.

14. KERABU KADUK

Kerabu kaduk adalah sangat popular di kalangan masyarakat Melayu. Ia menggunakan pucuk daun kaduk yang lembut serta dicampur dengan bahan – bahan lain seperti cili, udang kering, kelapa dan sebagainya.

Biasanya ia sangat popular menjelang bulan Ramadhan dan dikatakan agak susah ditemui lagi pada masa kini. Namun, ia boleh dijumpai di kawasan perkampungan kecil di pantai timur. 

15. IKAN BAKAR TANAH LIAT

Mesti korang belum dengar lagi kan ikan bakar tanah liat, lagi-lagi orang muda. Agak mustahil untuk ikan dibakar menggunakan tanah liat pada masa kini. Namun, makanan ini masih dipraktikkan oleh masyarakat Melayu di negeri Perlis. Penduduk Perlis menggunakan tanah sawah atau tanah yang diambil dari telaga untuk membalut ikan.

Setelah dibalut, ikan tersebut akan dibakar atas dan bawah sepertimana membakar kuih bahulu secara tradisional. Tanah yang membalut ikan akan merekah bagi menandakan ikan tersebut telah masak dan boleh dimakan. 

16. OTAK-OTAK

Bagi masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan perkampungan nelayan, otak – otak begitu sinonim dan rapat dengan mereka. Otak – otak biasanya dijadikan sebagai hidangan ringan di waktu petang. Lazimnya ia dibungkus menggunakan daun nipah atau daun kelapa. 

Ia diperbuat daripada isi ikan laut, malah isi ikan air tawar juga boleh dijadikan otak – otak. Ikan air tawar yang sesuai adalah ikan patin, ikan keli dan ikan tilapia merah. Otak – otak yang siap dibungkus akan dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa.

17. KETUPAT

Siapa tk kenal ketupat? Salah satu hidangan istimewa yang disajikan semasa perayaan Hari Raya. Ia diperbuat menggunakan beras atau beras pulut yang dibungkus menggunakan daun kelapa dan direbus sehingga masak.

Selain ketupat daun kelapa, terdapat juga ketupat daun palas yang sangat popular di negeri Pantai Timur dan di sebelah utara. Ketupat palas merupakan ketupat pulut yang dibalut menggunakan daun palas. Ia biasanya dianyam terlebih dahulu sebelum dimasukkan dengan pulut yang telah dimasak. 

Kesimpulanya, makanan tempatan masyarakat Melayu masih diteruskan hingga ke hari ini kerana permintaan terhadapnya masih tinggi. Malah, ia seharusnya diteruskan supaya generasi akan datang dapat mengenali serta menikmati hidangan dari zaman nenek moyang mereka


pss, dah tengok promo SOCAZ hari ni?

BIG SALE masih jalan lagi  

tapi,...ada warna dah habis stock  

kalau masih minat, order lah dengan kami

Jangan tunggu lama tau~~~~  

Contact kami dengan link di bawah:

www.wasap.my/60167710754/BIGSALE

www.wasap.my/60167710754/BIGSALE

www.wasap.my/60167710754/BIGSALE

www.socaz.my

Sumber:

https://saji.my/makanan-tradisional-melayu/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping