search

Manfaat Kurma untuk Tubuh

Manfaat Kurma untuk Tubuh

Sebagian besar orang mengambil kurma kerana buah ini dipercayai memiliki banyak manfaat yang baik bagi tubuh. Manfaat kurma boleh menjadi ubat terhadap banyak penyakit, dari penyakit yang ringan hingga penyakit serius. Kurma kaya akan nutrisi yang baik untuk tubuh. Kurma kering mengandung lebih banyak kalori yang berasal dari karbohidrat. Kurma juga mengandung sejumlah vitamin, mineral, dan serat. Antara manfaat atau kebaikan kurma untuk tubuh:

1. Mencegah Risiko Diabetes

Manfaat kurma yang pertama adalah mencegah daripada risiko diabetes. Meskipun kurma rasanya manis, tetapi dengan pengambilan buah ini tidak akan menyebabkan anda terkena diabetes. Sesebuah penelitian menunjukkan bahawa buah ini mempunyai indeks glisemik yang rendah. Memakan buah ini tidak akan membuat kenaikan kadar gula dalam darah serta merta. Malah, kandungan serat dalam buah ini akan membantu anda mengurangkan risiko diabetes. 

2. Mencegah Penyakit Kronik

Manfaat makan kurma setiap hari membolehkan anda terhindar dari pelbagai macam penyakit kronik seperti kanser, diabetes dan lain-lain. Hal ini disebabkan kadar antioksiden yang tinggi dalam buah kurma. 

3. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Manfaat kurma yang berikutnya adalah meningkatkan kesihatan jantung. Kandungan magnesium dan potasium dalam kurma ternyata berguna untuk meningkatkan kesihatan jantung anda. Kedua-dua zat ini dapat membantu menurunkan tekanan darah ke arah yang lebih sihat. 

Selain itu, kurma mengandungi antioksidan asid fenolik yang terkenal kerana sifat antiradang. Asid fenolik dipercayai dapat membantu menurunkan risiko anda terkena hipertensi, penyakit jantung dan strok. Oleh itu, disarankan untuk mengambil kurma setidaknya dua kali seminggu untuk memelihara kesihatan jantung anda.

4. Meningkatkan Kesihatan Tulang

Manfaat kurma yang selanjutnya adalah meningkatkan kesihatan tulang. Kurma mengandungi banyak mineral yang membuatkan buah ini bagus diambil untuk kesihatan tulang. Buah ini mengandung selenium, manganese, copper and magnesium yang semua zat ini memiliki potensi dalam mencegah osteoporosis. Kurma dapat menguatkan tulang dan melawan penyakit atau keadaan yang menyebabkan tulang menjadi reput seperti osteoporosis.

5. Menurunkan Berat Badan

Manfaat kurma yang lainnya adalah membantu menurunkan berat badan. Bagi anda yang sedang dalam mood diet, kurma adalah makanan ringan yang sangat sesuai untuk anda. Kandungan karbohidrat dan serat dengan jenis yang tidak larut membuat anda dapat merasakan kenyang dengan jangka masa yang lebih lama.

Walaupun begitu, bukan bermaksud anda boleh mengambil kurma secara berlebihan. Anda tetap harus menyeimbangkannya dengan rutin bersukan dan makan makananan sihat yang lain agar usaha menurunkan berat badan anda berjaya.

6. Menurunkan Tekanan Darah

Manfaat kurma yang berikutnya adalah membantu menurunkan tekanan darah. Kurma juga merupakan buah yang kaya dengan kandungan potasium dan magnesium. Kedua-dua kandungan ini boleh membantu menurunkan tekanan darah.


Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://hot.liputan6.com/read/4569757/14-manfaat-kurma-bagi-kesehatan-tubuh-cegah-penyakit-kronis-dan-diabetes



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping