icon-search

MAKSUD WARNA MENGIKUT PERSONALITI

MAKSUD WARNA MENGIKUT PERSONALITI

Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana, warna bukan sahaja berfungsi sebagai elemen malah ia mampu memamparkan personaliti seseorang. 

Oleh sebab itu, pemilihan warna boleh menyerlahkan keperibadian seseorang. Apatah lagi untuk jadi seorang yang bersinar atau ' redup mata memandang' dikalangan orang ramai.

Berikut merupakan pilihan warna yang boleh melambangkan personaliti diri anda:

1) Putih

  • Anda mempunyai keperibadian yang positif, bersikap matang, tenang, dan optismitik. Anda gemar menyendiri kerana inginkan gaya hidup yang bebas dan sederhana. Anda juga seorang yang bersih dan amanah.

2) Hijau

  • Anda tidak mudah mempercayai orang lain, berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Sesuai dengan lambang kedamaian. Anda juga suka membantu orang lain. Anda seorang yang murah hati. Selain itu, setiap keputusan yang anda buat sangat jelas walaupun hanya dari pandangan mata sahaja.

3) Hitam

  • Anda seorang yang degil tetapi pandai berdikari. Mempunyai semangat yang kuat dan yakin pada diri sendiri dan sentiasa berdisiplin. Anda juga kelihatan matang dan tidak mudah mengaku kalah dalam sesuatu cabaran kecuali pada saat-saat akhir.

4) Biru

  • Anda seorang yang kreatif, mudah faham dan juga mudah sensatif. Anda memiliki daya imaginasi yang tinggi dan sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan. Teliti dalam memberi teguran dan mampu menjadi penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk meyelesaikan sesuatu masalah.

5) Merah

  • Anda suka mendesak, mudah diransang dan lincah. Mempunyai cita-cita yang tinggi yang ingin disempurnakan dalam tempoh yang pantas. Namun begitu, anda kurang peka terhadap perasaan orang lain sewaktu anda menjadi tumpuan.Walau bagaimanapun, semangat anda diperlukan dalam bidang kepimpinan dan pembangunan kerana anda memiliki sifat yang berani.

6) Merah jambu

  • Bersikap penyayang, mecintai alam sekitar, mudah memahami dan mudah simpati. Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi, Selain itu, sentiasa memerlukan dorongan orang ramai. Dan pandai menghargai diri.

7) Kuning

  • Anda seorang yang aktif, ceria dan minat menceburi pelbagai aktiviti. Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah dengan tenang. Kuning cerah juga melambangkan anda bersikap spontan dan bijak untuk berkomunikasi kerana memiliki banyak idea.

8) Ungu

  • Berkebolehan mengetahui sesuatu hanya dengan menerusi bisikan isi hati, selain itu, mempunyai cita-cita yang tinggi serta semangat yang mendalam. Sentiasa ingin berjaya dalam apa saja bidang yang diceburi dan ingin mengajak orang lain untu berjaya bersama-sama.

Sampai situ saja perkongsian daripada saya. Sekarang dah tahu kan personaliti kita mengikut warna kegemaran. Anda yang mana satu ?? heheh Semoga memberi manfaat kepada semua :>

www.socaz.my

sumber:

https://www.maskulin.com.my/kenali-12-warna-yang-melambang-personaliti-anda/




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping