search

Makanan yang Patut dielak Ketika Sahur

Makanan yang Patut dielak Ketika Sahur

Salah satu waktu makan yang penting sewaktu bulan puasa adalah sahur. Anda harus memastikan pengambilan makanan yang memberi tenaga selama lebih kurang 12 jam berpuasa. Oleh itu, anda harus benar-benar mempertimbangkan jenis makanan yang patut anda ambil. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang sebaiknya anda elakkan ketika sahur:

1. Kopi

Salah satu alasan mengapa kopi sebaiknya anda elakkan sewaktu sahur adalah kerana sifatnya yang laksatif. Anda mungkin menyedari kekerapan anda ke tandas bertambah setelah minum kopi. Ini disebabkan komponen dalam kopi yang meransang fungsi usus besar sehingga badan anda kemudian membuang sisa pencernaan lebih cepat. Selain itu, sifat asid pada kopi juga dapat mengganggu keadaan perut anda. Komponen yang disebut chlorogenic acid dapat meransang peningkatan asid perut. Kopi juga bersifat diuretik; menggalakkan pengeluaran air daripada badan yang meningkatkan risiko dehidrasi sewaktu puasa.

2. Makanan masin

Selain tentunya dapat menyebabkan hipertensi, makanan masin ternyata dapat meransang rasa haus. Anda pasti tidak ingin merasa haus sepanjang hari karena makanan bergaram yang anda makan sewaktu sahur. Contoh makanan yang patut anda elakkan sewaktu sahur untuk mengelakkan rasa haus ialah acar, kacang bergaram, kuaci, serta makanan dalam tin. Jenis makanan tersebut memiliki kadar garam tinggi sehingga dapat meransang rasa haus. Anda juga patut mengurangkan jumlah garam dan perasa makanan yang anda gunakan dalam masakan.

3. Karbohidrat sederhana

Sewaktu anda berpuasa, tubuh anda tidak menerima makanan selama lebih dari 12 jam, sementara anda tetap menggunakan tenaga untuk bekerja dan melakukan aktiviti. Jika anda tidak mendapat bahan bakar yang mencukupi pada waktu sahur, anda mungkin akan cepat merasa penat sewaktu berpuasa. Pada saat sahur, anda disarankan untuk mengambil makanan yang termasuk dalam karbohidrat kompleks? Mengapa?

Jika anda mengambil karbohidrat kompleks, tenaga yang berasal daripada makanan tersebut akan dilepaskan secara perlahan kepada tubuh. Dengan itu, anda akan memiliki tenaga yang mencukupi untuk jam-jam seterusnya sewaktu berpuasa. Contoh makanan yang termasuk dalam karbohidrat kompleks adalah beras perang, barli, gandum, dan oat. Anda boleh mencari makanan yang termasuk dalam jenis rendah glisemik, yang biasanya termasuk dalam makanan jenis karbohidrat kompleks.

Lalu apa yang terjadi jika anda mengambil banyak karbohidrat sederhana? Anda mungkin merasa cepat kenyang tetapi setelah itu anda cepat merasa lapar kembali. Hal ini disebabkan kesan karbohidrat sederhana yang berbeza daripada karbohidrat kompleks. Tenaga yang dihasilkan daripada karbohidrat sederhana terus dilepaskan kepada tubuh sehingga tidak akan bertahan lama untuk membantu anda tetap merasa kenyang sewaktu berpuasa. Contoh karbohidrat sederhana adalah gula pasir, susu dan produk tenusu, minuman berkarbonat, gula-gula, kuih-muih, dan sebagainya. Bukan bererti anda tidak boleh mengambil karbohidrat sederhana, tetapi imbangkan dengan pengambilan karbohidrat kompleks untuk membantu anda tetap cergas sepanjang berpuasa.

4. Makanan pedas

Sama seperti makanan masin, makanan pedas dapat meransang rasa haus berterusan. Selain itu, mereka yang menderita keradangan perut disarankan untuk menghindari makanan pedas kerana dapat meransang peningkatan asid perut sehingga berpotensi menyebabkan sakit pada bahagian atas perut. Dan, bagi sesetengah orang, makanan pedas menyebabkan sakit perut.

5. Makanan tinggi lemak

Makanan yang tinggi lemak bekerja dengan dua cara. Yang pertama, makanan tinggi lemak dapat menganggu dan melambatkan proses pengosongan perut sehingga memburukkan simptom sembelit. Yang kedua, makanan tinggi lemak dapat mempercepat kerja sistem pencernaan sehingga menimbulkan cirit-birit. Kesan daripada makanan tinggi lemak ini bergantung pada jenis lemak yang anda makan dan kecenderungan tindak balas badan anda terhadap makanan tinggi lemak.

Pada waktu sahur sebaiknya anda mengurangkan jenis makanan tinggi lemak agar terhindar daripada sembelit atau cirit-birit sewaktu berpuasa. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil jenis makanan yang sama tetapi dengan cara penyediaan yang berbeza. Contohnya menggantikan menu ayam goreng menjadi ayam bakar.

WOW! SOCAZ ada buat PAYDAY SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Stokin Calista
  • Stokin Season
  • Stokin Henna
  • Handsock Aaisya

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber:
https://hellodoktor.com/pemakanan/diet-sihat/5-makanan-yang-patut-dielakkan-sewaktu-sahur/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping