search

MACAM MANA NAK SENANG BUAT BUSINESS ONLINE?

MACAM MANA NAK SENANG BUAT BUSINESS ONLINE?

Di kesempatan ini saya nak share beberapa tips untuk buat business online dengan mudah!

1. Aktif media sosial
Pada era globalisasi ini, media sosial sangat memainkan peranan bukan hanya sebagai alat untuk perhubungan malah ia digunakan sebagai alat untuk berjual beli.  Anda perlu mengetahui trik untuk target pelanggan disetiap media sosial. Sebagai contoh, di instagram anda boleh meletakkan tanda pagar (#) untuk produk yang anda jual. Hal ini lebih memudahkan pelanggan menjumpai produk yang anda jual.

Di facebook anda juga boleh lakukan hal yang sama dengan meletakkan tanda pagar (#) disetiap posting anda. Jika anda mahu produk anda untuk mudah dijumpai oleh pelanggan adalah dengan menjual produk anda di Facebook Marketplace. Ruangan ini lebih memudahkan pelanggan untuk mencari produk anda dan mereka lebih mudah untuk melihat kandungan produk anda.

2. Mencari pembekal produk merupakan faktor yang penting.
Pembekal produk merupakan salah satu faktor pentinf untuk anda memulakan perniagaan anda. Pemilihan pembekal dapat menentukan harga dan kos yang akan anda hadapi. Anda perlu mencari pembekal yang menawarkan harga yang berpatutan kepada anda aar anda mudah untuk selalu menambahkan produk baharu dan anda dapat menjimatkan kos yang bakal anda tanggung.

3. Gunakan "Marketplace" untuk menjual produk
Shopee dan Lazada merupakan syarikat gergasi yang menjalankan perniagaan secara memberikan perkhidmatan secara atas talian kepada pelanggan dan penjual untuk mengadakan urusan jual beli. Anda boleh gunakan peluang ini dengan cara menjual produk-produk anda di dalam platform ini. Hal ini kerana anda boleh jimatkan kos penghantaran. Anda juga tidak perlu mewujudkan website pada peringkat awal kerana anda boleh gunakan platform ini untuk memasarkan produk anda. Platform ini juga memberikan perkhidmatan kepada anda sebagai penjual dimana platform ini memudahkan anda untuk melihat data jualan anda pada setiap bulan. Maka, anda boleh mengetahui tahap "performance" jualan anda dengan lebih mudah. Disini anda dapat menjimatkan kos untuk anda mengiklankan produk anda.


Mudah bukan cara ini? Jom follow...
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

www.socaz.my


Sumber:
easyparcel.com 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping