icon-search

"LIFE IS A JOURNEY NOT A DESTINATION"

"LIFE IS A JOURNEY NOT A DESTINATION"

Kehidupan adalah satu perjalanan bukannya satu destinasi. Kerana dalam hidup berbagai ujian yang akan dihadapi. Berbagai kegembiraan yang akan diperolehi. Pada satu masa hal-hal yang berlaku akan berada di belakang meninggalkan kita dan kita akan terus berjalan kehadapan tanpa mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.

Kehidupan bukan satu destinasi ia ibarat anda mahu pergi pada sesuatu tempat yang indah, kemudian anda sampai di tempat tersebut dan  menikmati keindahan tempat tersebut. Maka, disitu akan terhentinya perjalanan anda.Oleh kerana itu, kehidupan bukanlah satu destinasi kerana anda mahu untuk teruskan hari-hari indah anda sepanjang hidup anda.

Selagi anda bernafas, nikmatilah perjalanan hidup anda dengan sebaiknya. Kerana perjalanan tersebut hanyalah satu persingahan yang mengajar sesuatu kepada anda dan hal tersebut menjadi bekalan kepada anda untuk meneruskan perjalanan yang seterusnya. 

"How Tough Your Life Just Enjoy It and How Happy Your Life Just Appreciate It"



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping