search

Langkah-langkah keselamatan ketika banjir berlaku

Langkah-langkah keselamatan ketika banjir berlaku

Sepanjang tahun, bencana banjir melanda di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak apabila musim hujan tiba. Pada masa yang sama, kebanyakan daripada kita akan mengambil cuti tahunan pada akhir tahun dan melancong bersama keluarga, kecuali bercuti ke kawasan berpotensi banjir.

Secara umumnya, kekerapan hujan lebat yang melanda di beberapa kawasan di Malaysia adalah fenomena biasa ketika peralihan Monsun Timur Laut yang berlarutan dari November hingga Mac. Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan reandah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir akan menjadi lebih buruk. Lebih-lebih lagi, tiupan angin kencang secara berterusan akan menyebabkan laut bergelora dan ombak besar.

Seperti yang anda tahu, bencara banjir akan menyebabkan beberapa gangguan perkhidmatan termasuk kerosakan infrastruktur dan risiko kepada penyebaran penyakit. Oleh itu, pentingnya kita perlu mengambil langkah-langkah persediaan awal dan keselamatan semasa musim banjir supaya anda dapat menyelamatkan nyawa dan mengawal kerugian yang tinggi.

Persediaan sebelum banjir

  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda
  • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, media sosial dan televisyen serta bilik-bilik gerakan banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.     
  • Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis, Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya banjir tidak masuk melaluinya.
  • Pastikan lokasi Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • Sediakan bekalan makanan dan peralatan kecemasan secukupnya.
  • Pastikan seluruh keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan dan tidak panik.                                        
  • Pastikan alat komunikasi dalam keadaan baik sepanjang musim hujan.          

Semasa tanda-tanda bencana banjir di kesan

  • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  • Pindahkan peralatan di dalam rumah ke tempat yang selamat
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau di dalam bekas kalis air atau bawa bersama
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu kepada jiran-jiran supaya mereka bersedia menyelamatkan barang-barang penting

Semasa pemindahan

  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
  • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana lebih mudah dan selamat. 
  • Ikut laluan yang ditentukan.

Di dalam kenderaan

  • Jika kenderaan anda tersangkut, kuncikan kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.

Di dalam rumah

  • Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Segera berpindah ke pusat pemindahan jika amaran untuk dipindah.

Di luar rumah

  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir kerana arus deras yang boleh mengancam nyawa anda
  • Jangan bersiar-siar di kawasan banjir, sama ada dengan menaiki sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi keselamatan kanak-kanak.
  • Jangan minum air banjir.

Selepas banjir

  • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa, jangan pulang ke rumah sebelum dibenarkan atau keadaan benar-benar selamat.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (Orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa)
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ia mungkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air.

Periksa ancaman bahaya

  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam
  • Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya)
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.



WOW! SOCAZ ada buat YEAR END SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Promosi Box Of Happiness
  • Handsock Cik Wania
  • Handsock Cik Wania Blink Blink 
  • Handsock Ainisha 2.0
  • Ecosock Package
  • Stokin Essential

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber:
https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/12/17/langkah-persediaan-dan-keselamatan-semasa-banjir/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping