icon-search

Kunci Kebahagiaan

Kunci Kebahagiaan

Kebahagiaan adalah sesuatu yang sering didambakan setiap manusia. Lumrah seorang manusia sentiasa menginginkan sesuatu yang baik dan bahagia dalam kehidupannya. Kebahagiaan adalah pilihan kita sendiri, kita yang mencorakkan lukisan kebahagiaan dalam hidup kita bukan dengan membanding kebahagiaan orang lain yang Allah kurniakan. Kita sendiri yang perlu menyiapkan diri memilih cara membahagiakan diri kita dan keluarga berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Kerana itu, kadang kita melihat seseorang yang hanya hidup dengan sederhana atau seadanya, jauh lebih bahagia dan gembira dalam kehidupan mereka berbanding mereka yang mempunyai kemewahan. Kemewahan bukanlah kunci kebahagiaan yang sebenar, namun kehidupan yang sentiasa disertakan dengan syukur adalah asas dalam mencapai kebahagiaan.

Imam al-Ghazali berkata: 

Bahagia adalah ketika di mana manusia berada dalam satu puncak ketaqwaan. Ia merupakan kenikmatan daripada Allah SWT. (Ihya’ Ulum al-Din, 3/8).

1. Bersyukur

Kunci kebahagian yang utama adalah dengan kesyukuran. Bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kita. Berhenti mempersoalkan nikmat yang kita mahukan dan belum dikurniakan kepada kita. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dengan rasa syukur, kita akan lebih bahagia dan merasa sentiasa cukup dengan apa yang kita ada. Bersyukur juga mendekatkan diri kita kepada Allah. Jika kita merasa serba tiada atau kekurangan di dunia ini, ingatlah, kita sentiasa ada Allah bersama kita. Jangan pernah berhenti mengingatiNya, berzikir dan memohon doa padaNya in shaa Allah hati kita akan sentiasa tenang.

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang  tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ingatlah dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”  (Ar-Ra’d ayat 28)

2. Berhenti membanding rezeki

Setiap manusia punyai rezeki yang Allah tetapkan pada mereka. Jika kita ingin mencari kebahagiaan,kita perlu berhenti membanding rezeki yang kita terima. fokuslah mencari dan menikmati rezeki yang ada pada kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Kadang terlalu melihat dan membanding kebahagiaan orang lain membuatkan kita tidak sedar dengan kebahagiaan dan nikmat-nikmat yang Allah telah sediakan untuk kita.

3. Jangan bersedih

Berasa tidak bahagia membuatkan diri rasa bersedih. ‘la tahzan’ Allah sentiasa bersama kita. Perasaan sedih juga membawa kepada rasa tertekan dalam diri. Seterusnya, apabila sedih manusia mula merasakan kehidupannya tiada makna atau erti lagi dan membawa kepada pemikiran negatif. 

Sentiasa merasa diri tidak cukup bahagia kerana tidak memiliki apa yang dimahukan punca utama kita berasa tidak cukup bahagia dan membahagiakan. Bergembiralah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Dengan cara itu kehidupan kita yang sedia ada akan lebih bahagia dengan cara kita sendiri. 

4. Urus emosi, berbahagialah 

Kita dikurniakan Allah dengan akal fikiran. Urus emosi kita sebaiknya dengan akal fikiran yang Allah kurniakan. Elakkan tekanan dengan melakukan perkara yang baik dan yang kita sukai seperti mengerjakan ibadah, bertadabbur al-Quran, beriadah, memasak ataupun meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung membuatkan kita lebih menghargai dan bersyukur dengan kurniaan Allah kepada kita. 

Jangan bersedih jika kita belum dikurniakan pasangan, kita mungkin sedang mempunyai kawan-kawan dan keluarga yang selalu menemani kita ketika susah dan senang. selain itu, jika kita belum dikurniakan zuriat jangan kita kecewa mungkin Allah sedang kurniakan kepada kita rezeki mempunyai pasangan atau keluarga mertua yang baik hati dan menggembirakan kita. Sesungguhnya rezeki Allah Maha luas dan dating dalam pelbagai bentuk.

5.  Jadilah insan yang membahagiakan 

Jika kita inginkan kebahagiaan, kita mesti mula dengan membahagiakan. Apa maksud membahagiakan? Membahagiakan adalah di mana kita cuba sebaiknya memberi kebahagiaan kepada orang lain. In shaa Allah kita juga akan turut rasa bahagia. Banyak yang kita boleh lakukan untuk membahagiakan keluarga contohnya dengan meluangkan masa bersama mereka, beri perhatian terhadap apa yang anak-anak atau ibu bapa cuba luahkan bukan hanya mendengar tanpa memberi perhatian. 

Selain itu, kita juga dapat bantu memberi kebahagiaan kepada semua orang seperti membantu insan-insan yang memerlukan. Ianya juga merupakan salah satu terapi kebahagiaan. Yang paling penting, jika kita merasa kita sudah cukup memiliki kebahagiaan di dunia ini, kita cuba memahami kepayahan atau keperitan insan lain dengan membantu mereka berikan semangat dan bantuan baik daripada segi emosi dan fizikal. 

Seperti contoh, kadang kita ada terlihat atau terbaca individu A menulis di laman sosialnya berkenaan keperitan hidup beliau. Mungkin dengan cara itu beliau dapat mengurangkan rasa tekanan yang sedang dihadapinya. Namun ada pula yang memberi pandangan yang tidak kena dengan situasi, dengan menceritakan hidup B yang sentiasa penuh dengan keindahan pada status yang dimuat naik oleh A. Bukankah penulisan seperti itu lebih baik jika diganti dengan kata-kata semangat untuk beliau atau lebih baik jika tidak menurunkan apa-apa coretan malah diganti dengan mendoakan kebahagiaan hidup insan A. Jadilah insan yang membahagiakan bukan yang hanya memberi bayangan kebahagiaan. 

6. Kemaafan ubat paling mujarab 

Resepi penawar untuk penyakit hati adalah dengan kemaafan. Jika kita inginkan kebahagiaan dalam kehidupan, kita mestilah sentiasa memaafkan. Ini kerana, dengan memaafkan orang lain, ianya dapat memberi manfaat dalam hidup kita. Hidup akan lebih tenang dengan memaafkan orang lain kerana maaf akan hadir dengan keikhlasan dan tulus dari hati yang bahagia. Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sifat pemaaf.

 “Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya ALLAH Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (Surah al-Nisa’, ayat 149)

Jadi, siapalah kita selemah-lemah manusia untuk tidak memaafkan. Jadikan rutin harian kehidupan kita sebelum tidur kita mohon keampunan dari Allah SWT. Seterusnya kita memaafkan semua orang dengan ikhlas. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun jika kita memohon keampunan dariNya.


WOW! SOCAZ ada buat FIESTA NOVEMBER !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Original Tapak Hitam Skin
  • Handsock Hannah

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://www.majalahlabur.com/pelaburan/apa-hukum-trade-in-emas-lama-kepada-emas-baru-tukar-emas-dengan-emas/


Sumber:

Nurulisyazila Othaman. Pusat Pengajian Bahasa. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping