icon-search

Khasiat Tempoyak dari Sudut Kesihatan

Khasiat Tempoyak dari Sudut Kesihatan

Peminat makanan tempoyak? Mencari khasiat tempoyak? Jom kita lihat kebaikan dan manfaat tempoyak dari sudut kesihatan.

1. Sumber Makanan Probiotik

Makanan probiotik ialah makanan yang mengandungi bakteria baik yang membantu memberi kesan kesihatan yang baik khususnya terhadap perlindungan sistem pencernaan. Antara sumber makanan probiotik yang terkenal ialah yoghurt dan kimchi. Tanpa kita sedarim masyarakat Melayu turut menghasilkan makanan probiotik yang tersendiri iaitu tempoyak.

2. Aktiviti Antioksidan yang Tinggi

Kajian tersebut turut melihat kesan aktiviti antioksidan LAB dalam menghambat radikal bebas yang terdapat dalam sistem sel. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa LAB dalam tempoyak mempunyai kuasa antioksidan yang sangat baik, seterusnya berpotensi sebagai bahan anti kanser dan anti diabetes. Peningkatan sebanyak purata 80% kadar antioksidan diperhatikan yang mennjukkan bahawa tempoyak boleh memberi nilai kesihatan yang baik. 

3. Menurunkan Paras Kolesterol

Penyelidikan saintis UPM Serdang bersama Institut Penyelidikan Sudan dan Iran merekodkan penemuan mereka berkenaan keupayaan tempoyak dalam menurunkan paras kolesterol dalam darah. Penurunan kolesterol ini sebenarnya disebabkan kehadiran probiotik LAB dalam tempoyak yang melakukan asimilasi kolesterol, seterusnya mampu mengurangkan tahap kolesterol.

Kesimpulan

Tempoyak merupakan makanan tradisi turun-temurun yang enak dinikmati pada setiap masa. Rupa-rupanya, di sebalik keenakan aroma durian tempoyak, makanan ini tersimpan pelbagai khasiat kelihatan yang baik untuk kesihatan.

Sumber:
https://bidadari.my/khasiat-tempoyak/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping