icon-search

Khasiat Madu

Khasiat Madu

Madu merupakan satu ciptaan makanan yang sangat istimewa. Menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, ia telah digunakan secara meluas, sama ada dalam aspek perubatan mahupun sebagai makanan. Selain menawarkan rasa yang lazat dan manis, adakah mengetahui manfaat madu untuk kesihatan? 

Berikut adalah beberapa manfaat madu untuk kesihatan:

1. Membantu mengurangkan berat badan

Menurut pengarang dan pakar nutrisi, Mike McInnes, madu dapat membakar lemak badan walaupun ketika anda tidur. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk mengurangkan berat.

Terdapat cadangan yang mengatakan, untuk mengurangkan berat, anda boleh mengambil sesudu madu sebelum tidur atau campurkan madu dengan air suam ketika perut masih kosong pada awal pagi.

Mengambil madu sebagai perkara pertama dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme, yang mana membantu untuk mengurangkan berat dengan lebih pantas.

2. Mengandungi nutrien

Madu adalah cairan manis dan pekat yang dihasilkan oleh lebah madu. Secara nutrisi, 1 sudu madu (21gram) mengandungi 64 kalori dan 17 gram gula, termasuk fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa. Ia hampir tidak mengandungi sebarang serat, lemak atau protein.

Ia turut mengandungi beberapa vitamin dan mineral – tetapi jumlah yang perlu diambil adalah tinggi untuk memenuhi keperluan harian. Madu turut mengandungi kandungan kompaun bioaktif dan antioksidan.

3. Menguat sistem imun

Dianggap sebagai ubatan semula jadi yang membantu mengubati sakit tekak. Fungsi antioksidan dan anti-bakteria membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat.

Madu buckwheat (campuran bijian yang digunakan sebagai makanan haiwan ternakan), mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mampu mempertingkatkan imun untuk jangka masa panjang jika diambil setiap hari.

4. Membekalkan tenaga

Madu yang diambil pada setiap pagi sebelum sarapan atau bersenam dapat memberikan tenaga ekstra. Ini kerana madu mengandungi gula semula jadi, air, mineral, vitamin, debunga dan protein, menyebabkan ia dipanggil pembekal tenaga terbaik.

Dalam kajian dari Makmal Senaman dan Sukan, University of Memphis, menunjukkan madu adalah pilihan karbohidrat terbaik diambil sebelum bersenam. Malahan, ia juga dikatakan pilihan yang baik untuk diambil selepas bersenam.

5. Baik untuk jantung

Sebagai sejenis makanan yang tinggi kandungan antioksidan, madu bukan sahaja dapat melindungi dari penyakit jantung, tetapi dapat memperbaiki tahap kolesterol.

Menurut kajian, madu boleh membantu menurunkan hampir 5.8% LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan 3.3% HDL (kolesterol baik).

6. Menyembuhkan luka, luka terbakar dan masalah kulit

Selain mengandungi antioksidan, madu juga bersifat anti-bakteria dan antiseptik yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka dan luka terbakar dengan memberikan kelembapan dan meningkatkan aliran nutrien pada bahagian yang berkenaan.

Madu juga dikatakan berkesan untuk membunuh kuman (patogen) seperti E.coli dan methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), yang boleh menyebabkan jangkitan kulit. Madu juga dipercayai dapat merawat dan mencegah jerawat, kelemumur dan kulit gatal.

7. Menyuburkan kulit dan muka

Madu asli sangat bermanfaat sebagai pelembap semula jadi terbaik terutama untuk kulit kering. Ia membantu membuka liang pori tersumbat, menyembuhkan bibir kering, menyeimbangkan tona kulit. 

8. Merawat batuk

Turut dikenali sebagai antara ubatan semula jadi yang terbaik untuk merawat batuk.

Pengambilan 1 sudu madu dapat mengurangkan kerengsaan pada tekak. Ia turut membantu memberikan tidur yang lebih nyenyak.




WOW! SOCAZ ada buat FIESTA NOVEMBER !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M serendah RM4.90
  • Kanik Original Tapak Hitam Skin
  • Handsock Hannah

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/manfaat-madu-untuk-kesihatan/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping