icon-search

Khasiat Daun Sup

Khasiat Daun Sup

Tahukah anda bahawa daun sup mempunyai khasiatnya yang tersendiri? Apakah khasiat daun sup ini? Jom kita rungkai satu persatu. Jom ikuti entri ini sehingga akhir ya! :)

Daun sup kegemaran ramai. Daun sup mempunyai daun yang lebih jarang dan bentuk daunnya juga lebih besar dari daun ketumbar, Khasiat daun sup ini mengikut apa yang dikongsikan oleh orang ramai, dikatakan yang ianya dapat mencuci buah pinggang. Dikatakan juga ada banyak lagi khasiat daun sup lain yang ada cuma ramai yang tidak sedar.

1. Menghilangkan Nafas Berbau

Suka dengan bau daun sup. Bila terbau daun ini terus rasa lapar sup serta merta. 

2. Banyak Vitamin

Kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan Magnesium.

3. Menurunkan Kadar Kolesterol

Individu yang mempunyai kolestrol yang tinggi perlu menambah daun sup dalam diet harian kerana daun ini mampu merendahkan tekanan darah dan kolestrol serta melindungi hari daripada bahan-bahan yang merosakkan. 

4. Bantu Rawat Kencing Manis

Daun sup mempunyai sifat mengurangkan kadar gula dalam darah. Malah, ianya merupakan ramuan ideal untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan.

5. Cuci Buah Pinggang

Berdasarkan bacaan yang dikongsikan oleh ramai orang di luar sana. Dikatakan yang daun sup ini turut boleh bantu cuci buah pinggang juga. Caranya adalah dengan merebus seikat daun sup lalu ditapis dan diminum.

Sumber:
https://www.sishawa.com/2019/06/khasiat-daun-sup-yang-ramai-tidak-tahu.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping