icon-search

Khasiat Bayam Brazil

Khasiat Bayam Brazil

Bayam Brazil atau nama saintifiknya Alternanthera sissoo merupakan spesies tanaman yang tergolong dalam family Amaranthaceae. Bayam Brazil adalah antara tumbuhan yang cepat membesar dan senang ditanam. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daun sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar. 

Berbeza dengan bayam yang lain, bayam Brazil mempunyai tekstur yang rangup dan boleh dimakan secara mentah seperti salad. Masyarakat Brazil gemar mengambil sayur ini secara mentah bersama tomato, bawang dan juga minyak zaitun. Selain itu, ia sesuai juga untuk ditumis, direbus atau dikukus.

1. Mencegah kanser 

Bayam mengandungi sulfoquinovosyl diacylglycerol (SQDG) and monogalactosyl diacylglycerol (MGDG) iaitu komponen yang mencegah pertumbuhan kanser.

Selain itu, bayam juga mengandungi antioksidan seperti kempferol yang mampu mencegah risiko kanser. Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bayam ini mengurangkan risiko kanser prostat dan payu dara.

Selain itu, bayam juga mengandungi antioksidan seperti kempferol yang mampu mencegah risiko kanser. Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bayam ini mengurangkan risiko kanser prostat dan payu dara.

2. Melawan radikal bebas

Radikal bebas terhasil daripada proses metabolisma. Ia akan menyebabkan tekanan oksidatif dan seterusnya mempercepat proses penuaan dan meningkatkan risiko kanser dan kencing manis.

Mayam mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas serta mengurangkan risiko penyakit tersebut.

3. Meningkatkan kesihatan mata

Bayam diperkaya dengan zeaxanthin dan lutein, iaitu komponen karotenoid yang memberi warna dalam sayur-sayuran.

Zeanxanthin dan lutein mengurangkan risiko Degenerasi Makula dan katarak yang merupakan penyebab utama kebutaan. Kedua-dua komponen ini dapat menapis sinaran biru yang menyebabkan kerisakan retina. 

Tambahan pula, kandungan vitamin A dalam bayam juga penting bagi kesihatan mata kerana ia merupakan komponen bagi rhodopsin, iaitu sejenis protein dalam mata yang membolehkan anda melihat dalam keadaan cahaya yang rendah.

4. Menurukan berat badan 

Seperti sayuran hijau yang lain, bayam juga mengandungi kandungan serat yang tinggi. Ia membantu kita untuk mengawal porsi makanan dan berasa kenyang lebih lama.

5. Meningkatkan sistem ketahanan badan 

Selain berfugsi untuk kesihatan mata, vitamin A dalam bayam juga berperanan untuk meningkatkan penghasilan sel darah putih.

Sel darah putih memainkan peranan penting dalam melawan penyakit atau jangkitan yang menyerang badan.

6. Mengelakkan sembelit

Seperti yang telah disebutkan di atas, bayam mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain mengurangkan berat badan, serat juga dapat mengelakkan daripada sembelit. Bayam merupakan serat tidak larut yang bersifat tidak larut dalam air. Ia dapat melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan air besar.




WOW! SOCAZ ada buat YEAR END SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Stokin Soka Original New Edition
  • Handsock Ummy
  • Handsock Ayna

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber:
https://rootofscience.com/blog/2020/kesihatan/khasiat-bayam-brazil-yang-ramai-tidak-tahu/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping