icon-search

Kepentingan Makanan Seimbang Mengikut Peringkat Umur

Kepentingan Makanan Seimbang Mengikut Peringkat Umur

Makanan yang seimbang ialah diet makanan yang mengandungi semua nutrien  yang diperlukan bagi seseorang menjalani urusan seharian dan membesar. Namun, setiap orang mempunyai keperluan makanan yang tertentu, contohnya mengikut peringkat umur. Oleh itu, artikel ini akan mengupas mengenai kepentingan makanan seimbang mengikut peringkat umur dan jenis makanan seimbang yang sesuai bagi setiap daripada mereka. Olahan artikel ini adalah berdasarkan penerbitan kajian santifik lepas.

Kepentingan Makanan Seimbang Bayi Berusia 0-6 Bulan

Pada peringkat umur ini, susu ibu merupakan makanan semula jadi yang terbaik buat bayi. Susu ibu adalah selamat, tidak perlu mengeluarkan kos dan menyediakan pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh bayi bagi tempoh 6 bulan pertama dalam hidup mereka. 

Kepentingan Makanan Seimbang Bayi Berusia 6-24 Bulan

Susu ibu merupakan makanan asas yang penting bagi bayi tetapi semakin si bayi membesar, susu ibu tidak memadai untuk membekalkan nutrisinya untuk membesar. Namun, adalah disarankan supaya si bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu sehingga sekurang-kurangnya berusia 18 bulan kerana sistem Penghadaman dan sistem imun bayi yang masih belum matang

Kepentingan Makanan Seimbang Kanak-Kanak Berusia 2-10 Tahun

Di usia ini, kanak-kanak memerlukan makanan seimbang yang boleh membekalkan mereka tenaga dan nutrisi mencukupi. Namun, perut mereka mash bersaiz kecil dan tidak boleh mengambil makanan dalam kuantiti yang bear pada satu-satu
masa. 

Oleh itu, kanak-kanak pada usia ini perlu diberi makanan yang kaya protein dan nutrisi lain sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan 2-3 snek makanan ketika siang hari. Walaupun mereka sedang membesar, hakikatnya kadar pertumbuhan mereka adalah lebih perlahan jika dibandingkan dengan usia 12 bulan selepas kelahiran tadi.

Kanak-kanak tanpa mengira jantina memerlukan jumlah makanan yang sama ketika ini sehinggalah mereka mencecah akil baligh. Mereka juga memerlukan makanan seimbang kerana mereka sedang dalam fasa bersekolah yang memerlukan mereka memberikan perhatian dan memahami ilmu yang baru dipelajari.

Kepentingan Makanan Seimbang Remaja Berusia 11-17 Tahun

Waktu remaja merupakan waktu tumbesaran yang paling cepat dan menuntut keperluan nutrisi dan tenaga yang paling tinggi. Tempoh tumbesaran bagi perempuan bermula pada usia 10 atau 11 tahun, manakala lelaki bermula pada usia 12 atau 13 tahun dan berlanjutan selama 2 tahun setengah berikutnya. Golongan remaja memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk menempuh usia akil baligh, antaranya: Makanan tinggi kalori untuk membekalkan tenaga Vitamin A, C dan D

• Zat besi terutamanya bagi remaja perempuan yang sudah mengalami kitar haid
• Kasium untuk pembentukan tulang yang sedang membesar 

Tempoh waktu ini juga adalah amat penting untuk melatih tabiat pemakanan remaja supaya dapat diteruskan corak pemakanan yang sihat sehingga dewasa.

Kepentingan Makanan Seimbang untuk Orang Tua

Diet makanan seimbang ketika usia lanjut bermula dewasa boleh meningkatkan kebolehan individu untuk kekal aktif dan sihat. Sesetengah orang yang berusia mula hilang selera makan terutamanya apabila mereka tidak mempunyai banyak aktiviti fizikal yang memerlukan mereka mendapatkan kalori dan nutrisi dari diet makanan.

Namun, sistem tubuh masih memerlukan zat dan nutrisi tersebut supaya sistem tubuh kekal bertenaga. Malah, vitamin D dan kalsium adalah sangat diperlukan bagi mengatasi isu kehilangan kalsium daripada tulang. Makanan kaya protein pula amat penting bagi membaiki tisu badan dan melawan jangkitan penyakit yang mudah menyerang golongan berusia. Pemilihan makanan perlulah dalam julat yang pelbagai seperti:

  • Bijirin
  • Buah
  • Sayuran
  • Legum
  • Produk Tenusu


Sumber:
https://bidadari.my/kepentingan-makanan-seimbang/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping