icon-search

Kenapa umat Islam disunatkan makan buah kurma semasa Ramadhan?

Kenapa umat Islam disunatkan makan buah kurma semasa Ramadhan?

Kurma turut dikenali dengan nama buah tamar yang mempunyai rasa manis dan apabila ia dikeringkan, 75 peratus daripada kandungannya adalah gula.

Buah ini berupaya untuk membekalkan pelbagai jenis nutrisi penting dan ia juga merupakan sumber potasium dalam makanan yang baik.

Apabila masak dan ranum, 80% daripada kandungannya adalah gula manakala pecahan yang lain terdiri daripada protein, serat dan juga saki baki elemen dan mineral seperti magnesium, zink, fluorin, kobalt dan juga boron.

Indeks glisemik (indeks relatif yang menandakan keupayaan sesuatu sumber karbohidrat itu untuk meningkatkan bacaan gula dalam darah selepas ianya diambil) untuk buah ini bergantung kepada jenis buah kurma yang diambil – 35.5 (khalas), 49.7 (barhi), dan 30.5 (bo ma’an).

Warna perang buah ini ditentukan oleh kandungan sejenis kompaun yang dikenali sebagai dactylifric acid.

Walaupun asal pohonnya tidak diketahui atau dikenal pasti dengan tepat, terdapat kemungkinan besar bahawa ianya berasal daripada kawasan subur di antara Mesir Purba dan juga kerajaan kuno Mesopotamia, atau lebih tepat lagi, tanah negara Iraq masa kini.

Menurut catatan fosil, pokok kurma dikatakan telah pun mula wujud sekurang-kuranganya 50 juta tahun yang lampau dan menjadi makanan ruji di kawasan Timur Tengah dan juga Lembah Indus buat ribuan tahun.

MANFAAT KURMA KEPADA KESIHATAN

1. Pembekal tenaga segera

Kurma mempunyai kandungan gula yang tinggi, mewakili 80 peratus daripada keseluruhan komposisi buah apabila sudah masak, dan membentuk 75 peratus daripada keseluruhan buah apabila ianya dikeringkan.

Oleh yang demikian, pengambilan buah ini dapat memberikan tenaga daripada karbohidrat/ gula yang terdapat di dalamnya dengan cepat, mudah dan lazat.

Atas sebab ini jugalah, ianya cukup popular sebagai makanan permulaan apabila sudah tiba waktu untuk berbuka puasa.

Mereka yang inginkan tenaga sebelum memulakan rutin harian juga boleh menjadikan ianya sebagai sarapan.

Buah ini boleh diambil begitu sahaja atau boleh juga disediakan dalam bentuk jus untuk dinikmati.

2. Membekalkan mineral dan vitamin penting untuk tubuh

Selain kaya dengan kandungan gula yang mudah untuk membekalkan tenaga, terdapat juga mineral-mineral penting yang terkandung di dalam buah kurma.

Mineral-mineral ini termasuklah potasium, kalsium, magnesium, zat besi (iron) dan juga sodium.

Selain mineral, buah ini turut mengandungi beberapa mineral penting dalam kandungan yang tinggi seperti vitamin B3 (Niacin), asid folik, vitamin K, vitamin B6 dan juga vitamin A.

Kesemua mineral dan vitamin ini adalah penting untuk kesempurnaan

fungsi badan seperti kelancaran aktiviti saraf, pelepasan tenaga daripada karbohidrat dalam makanan, kesejahteraan sel-sel badan, untuk membantu aktiviti enzim dan metabolisma badan, dan juga untuk pembentukan sel darah merah.

3. Sumber serat

Serat secara definisinya adalah komponen karbohidrat tumbuh-tumbuhan yang tidak boleh dipecahkan dan diserap oleh badan manusia.

Secawan buah kurma mengandungi 11.8 gram serat. Ini sudah hampir mencukupi separuh daripada keseluruhan keperluan serat harian anda yang dicadangkan.

Orang dewasa disyorkan untuk mengambil serat antara 30-37 gram sehari. Jika selama ini anda hanya mengenal sayur dan buah-buahan sebagai sumber serat, maka kurma boleh menjadi alternatif atau tambahan kepada sumber serat anda.

4. Mengandungi antioksidan yang tinggi

Antioksidan adalah suatu unsur yang menyahaktifkan radikal bebas di dalam badan (free radicals).

Antioksidan seperti vitamin E, asid fenolik (phenolic acid) dan juga vitamin A yang terdapat dalam buah tamar mampu untuk menyahaktifkan radikal bebas ini dengan memberikan elektron bebas untuk menstabilkannya.

Satu kajian mendapati bahawa kurma jenis Khalas dikira sebagai jenis yang premium dan mengandungi kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding yang lain.

Sungguhpun begitu, keupayaan ini akan sedikit berkurangan jika buah tersebut dijemur di bawah matahari.

5. Mempunyai kesan anti radang

Menurut kajian yang melihat keupayaan ekstrak metanolik (methanolic extract) di dalam pelbagai jenis buah kurma, mereka mendapati bahawa kesemua jenis kurma yang dikaji mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kesan antiradang yang sangat diingini.

Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/fmt-ohsem/ohsem-sihat/2021/04/11/kenapa-umat-islam-disunatkan-makan-buah-kurma-semasa-ramadan/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping