icon-search

Kenapa Seruk Pencuci Lebih Baik daripada Cecair Pencuci

Kenapa Seruk Pencuci Lebih Baik daripada Cecair Pencuci

Bagi anda, anda suka mana satu? Pencuci cecair pakaian atau pencucci sebruk pakaian? Mungkin bagi anda ia sama sahaja asalkan boleh cuci pakaian, tetapi sebernarnya kedua-dua pencucui tersebut ada bezanya. 


Penggunaan bahan pencuci serbuk ataupun cecair itu sebenarnya bergantung pada kotoran pakaian yang ingin dibersihkan. Bahan pencuci serbuk lebih efektif digunakan pada pakaian yang terlalu kotor. Ini kerana ia mengandungi bahan dipanggil alkylbenzene sulfonate yang mampu membersihkan kotoran seperti lumpur, darah, daki dan sebagainya. Oleh kerana itu, menggunakan bahan pencuci serbuk adalah pilihan paling baik. Malah anda dapat belinya dengan harga yang murah berbanding harga pencuci cecair pakaian.


Sebaliknya, kandungan alkohol etoksilat yang terdapat dalam bahan pencuci cecair mampu memecahkan kotoran seperti minyak. Ia juga lebih sesuai untuk penggunaan cucian tangan sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh serta boleh disapu terus pada kotoran berbanding bahan pencuci serbuk yang perlu dibancuh dengan air terlebih dahulu sebelum merendam pakaian di dalamnya. Antara kebaikan bahan pencuci cecair termasuklah ia tidak melekat pada pakaian. Berbeza dengan serbuk, ada kemungkinan ia boleh melekat pada pakaian sekiranya ia tidak larut dengan sempurna di dalam mesin basuh.


Namun begitu, pencuci serbuk pakaian juga mempunyai pelbagai kegunaan selain mencuci pakaian. Antaranya:


  • Sinki tersumbat

Jika sinki anda tersumbat, tuang sahaja sedikit serbuk pencucui ke dalam lubang sinki dan tuang sekali 3 liter air panas. Air panas & serbuk pencucui akan bekerjasama untuk membersihkan masalah tersumbat


  • Menghilangkan kotoran pada permaidani dan sofa

Tuang sahaja serbuk pencuci ke atas kotoran dan gosok perlahan dengan kain lembap, supaya dapat menyerapkan serbuk pencuci dalam kotoran. Biarkan selama  minit dan bersihkan sekali lagi munggunakan kain lembab yang bersih.


  • Mmencuci kereta

Mungkin ramai tak tahu semua ni tetapi anda boleh mencuci kereta dengan serbuk pencuci. Namun begitu, jangan terlalu banyak menggunakan serbuk pencuci dan cukup sekadar dalam kuantiti sederhana dengan air.


  • Membersihkan oven

Masukkan rak oven dalam bekas yang besar dan isi dengan air panas. Tambahkan serbuk pencuci baju dan biarkan semalaam. Gosokkan kotoran itu menggunakan berus dan cuci seperti biasa. 


  • Menghilangkan kesan darah

Serbuk pencuci pakaian juga dapat membersihkan kotoran dengan lebih kuat pada pakaian seperti tompokan darah. Letakkan serbuk pencucui pada bahagian kotoran dan gosok denagn kain atau berus gigi untuk melarutkan kotoran. Biarkan selama 30-45 minit sebelum bilas seperti biasa.



Sekarang dah 8.8 dah, nak tengok sale baru

Memperkenalkan, 8.8 Shocking Sale

Sale ini anda akan dapat:

  • Kanik Alien Tapak Hitam M Skin
  • Soka Alien M Black
  • Hansock Ainisha 3.0 Basic (code B42)
  • Handsock Maria Black (code MF02)

Dan semuanya beharga RM28.88 je

Free postage lagi. S&S tambah RM 8 

Janggan tunggu lama, habis kan baru tahu

Tekan link dibawah untuk order:

www.socaz.my

Sumber:

  1. https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2020/12/29/nak-pilih-yang-mana-bahan-pencuci-serbuk-atau-cecair-ada-beza-ke
  2. https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2021/07/25/tak-perlu-beli-pencuci-khas-untuk-bersihkan-5-kotoran-ini-guna-saja-serbuk-cuci-pakaian-selesai-masalah


Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping