icon-search

Kenapa harus Mempertahankan Warisan Negara

Kenapa harus Mempertahankan Warisan Negara

Malaysia mempunyai banyak adat dan budaya yang indah lagi menarik untuk dipraktikan dalam kehidupan harian kita. Namun begitu, terlalu banyak budaya luar yang sudah sebati dengan kehidupan mereka. Jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya lain, kerana budaya kita pun boleh tahan hebat dan menariknya.

Usaha melindungi dan memelihara sejarah negara perlu diteruskan kerana ia akan dapat menggambarkan betapa nilai sejarah disanjung dan dihayati oleh orang ramai terutama generasi akan datang. Usaha tersebut perlu lebih tertumpu kepada bangunan-bangunan atau aset negara yang mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).

Generasi sekarang perlu berusaha melindungi dan memelihara warisan sambil meminimumkan pengubahsuaian terhadap bangunan dan tempat-tempat bersejarah. Pemeliharaan nilai sejarah dengan baik oleh pihak bertanggungjawab sekaligus akan menyerlahkan penghargaan negara terhadap pengiktirafan yang diberikan oleh badan dunia itu, kerana usaha mendapatkan pengiktirafan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah.

Tambahan pula, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis mahu warisan budaya dikekalkan kerana ia mempunyai identiti tersendiriMenurutnya, ini termasuk pakaian, makanan, adat resam, seni dan sebagainya kerana budaya seperti ini melambangkan identiti sesebuah kaum serta amalan budaya tradisional juga melambangkan sifat majmuk masyarakat Malaysia. Keunikan pakaian tradisional pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni melambangkan budaya tradisional masyarakat kita yang menunjukkan budi pekerti dalam masyarakat majmuk.

Tidak boleh dinafikan bahawa budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kaum masing-masing kerana melalui budaya tradisional, kita dapat mengetahui asal usul masyarakat agar budaya kita tidak dilupakan. Masyarakat khususnya golongan muda perlu menghargai pemakaian dan penghasilan pakaian tradisional dengan mengamal dan mempelajarinya agar tradisi ini tidak pupus dan terus kekal menjadi warisan generasi akan datang. Dengan mengadakan program yang seumpama menghidupkan kembali pemakaian dan penghasilan pakaian tradisional dan dapat menghidupkan warisan budaya Malaysia dan juga menjana sumber ekonomi. Sambil menyelam minum air.

Harden yang juga Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan menjelaskan, kitar semula merupakan aktiviti yang memberi manfaat besar dalam mengekalkan sumber dan alam semula jadi yang kian terancam. Jelasnya, pendidikan amat penting dalam meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar khususnya di kalangan generasi muda. Melalui kesedaran itu, generasi muda dapat memainkan peranan lebih aktif dan menggembleng tenaga melindungi alam sekitar serta menyelesaikan masalah berkaitan isu-isu persekitaran dan mempertahankan khazanak negara.

Malahan, generasi muda perlu didedahkan dengan pendidikan alam sekitar secara formal supaya mereka memperolehi pengetahuan tentang pentingnya penjagaan alam sekitar kepada kehidupan manusia.




Okey, dah tengok BIG SALE?

Rugi tak join, kita sale the hottest item:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M

Banyak warna korang boleh pilih

Dan boleh letak wish card lagi, free of charge 

Sepasang RM4.90, tak rugilah beli dengan kita

Jom, clik link bawah untuk order:

www.wasap.my/60167710754/socazhq
www.wasap.my/60167710754/socazhq

www.wasap.my/60167710754/socazhq


ww.socaz.my

Sumber:



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping