search

Kelebihan Puasa Sunat

Kelebihan Puasa Sunat

Selain ibadah puasa yang difardukan pada bulan Ramadhan, umat Islam amat digalakkan berpuasa sunat, Terdapat beberapa hari yang dianjurkan jika kita mahu melazimkannya.

Jika diteliti, terdapat puasa sunat yang bersifat tahunan, bulanan mahupun mingguan. Antara yang biasa kita dengar ialah puasa pada hari Isnin dan Khamis. 

Masakan tidak, itu adalah antara ibadah yang sering diamalkan oleh kebanyakan daripada kita. Barangkali kerana ia mudah diingati dan berulang saban minggu, berbanding puasa-puasa sunat lain yang adakalanya memerlukan kalender sebagai rujukan atau tanda ingatan.

Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW menjadi orang yang paling banyak berpuasa sunat pada dua hari berkenaan. Sudah tentu baginda mempunyai sebab tersendiri mengapa Isnin dan Khamis menjadi pilihan melakukan amalan mulia itu.

Mengapa hari Isnin dan Kamis menjadi pilihan baginda SAW untuk mengerjakan puasa sunat? Bolehkah jika kita melakukan puasa sunat sehari sahaja sama ada pada hari Isnin atau Khamis?

Tujuan puasa sunat ini dilakukan adalah untuk membantu seseorang menghayati kehidupan golongan yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana dirasai oleh mereka, ungkapnya.

1. Sucikan Jiwa

"Dalam erti kata lain, kita akan lebih bersyukur dengan kesenangan hidup dan tidak lokek membantu mereka yang hidup serba kekurangan."

"Bahkan, pendekatan sebegini juga memberikan seseorang kemampuan untuk mengawal kehendak diri dan nafsu."

"Masakan tidak, semasa berpuasa, umat Islam belajar mengawal kehendak diri seperti lapar dan dahaga serta mengelak daripada berbuat jahat."

“Seterusnya, ia mengekang Muslim bagi melakukan perkara yang membawa kerosakan kepada diri dan aktiviti-aktiviti lain yang tidak bermanfaat. Pada masa sama, berpuasa memberi ruang dan peluang untuk seseorang Muslim menyucikan jiwa mereka, selain membangunkan kesedaran kemanusian dan spiritual,“ katanya kepada Sinar Islam Plus baru-baru ini."

Berdasarkan kepada justifikasi berkenaan, ujar MK Azman, maka tidak hairanlah seorang Muslim yang benar-benar berpuasa dan patuh kepada agama semestinya akan menjadi orang yang baik dan disenangi semua lapisan masyarakat.

2. Amalan dibentangkan

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan ALLAH pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan ALLAH) ketika aku berpuasa.“ (Riwayat at-Tirmizi)

Melihat ungkapan hadis berkenaan, MK Azman berkata, disebabkan itulah kita disunatkan berpuasa sunat pada dua hari berkenaan.

"Bayangkan betapa indahnya apabila amalan-amalan kita dibentangkan di hadapan ALLAH SWT dalam keadaan kita sedang berpuasa,“ jelasnya.

Menjawab satu soalan lain, MK Azman berkata: “Sebenarnya Rasulullah SAW tidak melarang kita berpuasa pada hari Jumaat. Syaratnya, kita hendaklah puasa beriringan dengan hari Khamis atau Sabtu.“

Sabda baginda SAW: “Hari Jumaat itu adalah hari al-Aid (hari raya), maka janganlah jadikan al-Aid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.“ (Riwayat Ahmad)

Seperkara lagi, MK Azman menjelaskan, tiada masalah jika segelintir dalam kalangan kita mahu berpuasa sepanjang tahun jika mampu melakukannya.

“Jumhur ulama berpendapat, harus berpuasa sepanjang tahun asalkan seseorang itu tidak memudaratkan dirinya dan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu bapa, isteri, anak-anak dan keluarganya.

“Bahkan menurut sejarah Islam, ramai dalam kalangan para sahabat, tabiin dan salafus soleh yang mengerjakan puasa sepanjang tahun kecuali pada hari-hari yang diharamkan puasa,“ terangnya.

3. Dijauhkan dari Neraka

Adakah kita wajib berpuasa sunat pada kedua-dua hari iaitu Isnin dan Khamis atau ia boleh dilakukan secara tunggal iaitu pada salah satu hari berkenaan?

Menjawab persoalan itu, pendakwah Ahmad Hazran Ahmad Kamal atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Aran menjelaskan, tidak disyaratkan kepada sesiapa yang berpuasa sunat pada hari Isnin untuk mengerjakannya pada hari Khamis. Begitu juga sebaliknya. 

"Justeru, tiada masalah jika kita ingin berpuasa pada salah satu daripada hari tersebut. Seandainya kita hanya berpuasa pada salah satu hari sama ada hari Isnin atau Khamis, ia tidak akan mencacatkan amalan sunatnya kerana ia bukanlah amalan yang berkait." Ujarnya.

Kepada mereka yang melazimkan diri dengan berpuasa, jelas beliau, ALLAH SWT akan menjauhkan wajahnya daripada api neraka selama 70 tahun.

Dalam sebuah lagi hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa adalah perisai dari neraka sebagaimana perisai salah seorang di antara kalian untuk perang.“ (Riwayat Ahmad)

4. Puasa beri impak positif pada tubuh manusia

MASIH ada segelintir orang yang menganggap berpuasa merupakan bebanan besar dan menyeksa diri kerana tidak makan serta minum selama lebih kurang 14 jam.

Hakikatnya, Pensyarah Kanan, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Zainal Abidin Zainuddin menjelaskan, amalan berpuasa sama ada fardu atau sunat memberi kesan positif ke atas tubuh manusia.

Jelas beliau, ia menjadi signifikan buat masa ini untuk mengawal berat badan dan penjagaan kesihatan. Malah, pendekatan berpuasa sebagai rawatan atau tujuan kesihatan banyak dikaji dan diamalkan.


WOW! SOCAZ ada buat YEAR END SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Promosi Box Of Happiness
  • Handsock Cik Wania
  • Handsock Cik Wania Blink Blink 
  • Handsock Ainisha 2.0
  • Ecosock Package
  • Stokin Essential

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber:
https://sinarislamplus.sinarharian.com.my/gaya-hidup/isu-hukum/rupanya-ada-banyak-kelebihan-apabila-kita-berpuasa-sunat-isnin-dan-khamis/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping